Bismillahirrahmanirrahim
Dua tiga minggu ni, ramai yang rancak bercerita tentang dia. Lagunya mula diputarkan di radio-radio top Malaysia (lama tunggu lagu-lagu ni diputarkan. Asyik putar di laptop je). Ramai terpegun dan terkesan dengan bait-bait lirik malah kisah perjalanan pulang ke fitrahnya.
Goose bumps formed each time I hear his songs. It's just come out straight away from his heart to others.
Ya, dia Maher Zain yang disebut-sebut oleh seluruh lapisan masyarakat.
Titik Mula
Pertama kali mendengar lagu MZ melalui klip video pertama MZ; Palestin Will Be Free (InsyaALLAH). Ketika itu, video ni baru release di YouTube (dalam bulan Ogos 2009 macam tu). Melayari video tersebut, sedih & sayu mendominasi tapi dalam pada masa yang sama geram terhadap penjajah terkutuk Israel.
Ada waktu, sebak membuak-buak apabila sampai ke frasa
No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry (Apa pasal la saya yang sebak?)
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Ada waktu, tangan mengepal geram
Kata Ruben,
I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
(Impian tetap ada untuk melihat semuanya berakhir)
Palestin akan bebas suatu hari nanti. Dengan gerak langkah umat Islam yang bersatu (Aish, minggu ni ayat bersatu macam taboo. Macam hanya dengan menyertai mereka sahaja baru namanya bersatu. Ah, sudah...kelaut! Back to the topic)
Sedikit kecewa. Tapi itu momen bahagia. Itu kali pertama saya on air!
Lagu ini juga yang kami tujukan kepada pasangan cinta ini Ummu Hani & Ahmad Dhiak ketika kenduri walimah mereka, Januari lepas. Lagu tersebut dimainkan oleh DJ. Semacam ada satu perasaan. Ya, bahagia =) Bahagia melihat dia bahagia (Ololo...).Bahagia dapat makan banyak pusingan.
Ruben & Klip video Open Your Eyes
Kemudian, saya ditemukan dengan satu klip video Open Your Eyes mengenai pengalaman Ruben (Abu Bakr), seorang jurufoto yang menemui cahaya Islam (1996). Lirik lagu ini sangat 'kena' dengan situasi Ruben.
Ruben sebelum kembali kepada fitrah, telah melakukan kajian demi kajian untuk menilai kebenaran Al-Quran. Antaranya mengenai kejadian gunung-ganang malah perkembangan fetus di dalam kandungan. Cuma dia memerlukan sedikit lagi dorongan kekuatan.
BarakALLAH & Cik Puan Yang Manis
Teringat satu peristiwa kira-kira 7 bulan dahulu. Dalam perjalanan pulang daripada rumah Kak Kay (Kamariah Kamaruddin) setelah menyambut hari ulangtahun Zahra Kamila di Bangi.
Berbicara soal jodoh, soal bahagia bersama Cik Puan Ummu Hani. Ummu ketika itu baru tiga bulan memegang title puan. Sayup-sayup suara DJIkim.fm melayan ucapan pendengar.
Berbicara soal jodoh, soal bahagia bersama Cik Puan Ummu Hani. Ummu ketika itu baru tiga bulan memegang title puan. Sayup-sayup suara DJIkim.fm melayan ucapan pendengar.
Timbul idea mahu memberi ucapan dengan cara istimewa, saya mendail nombor Ikim.fm. 03-620 46200. Lama menunggu, akhirnya saya on air.
Saya sampaikan ucapan istimewa buat Ummu sambil dia menggenggam erat tangan saya.
Saya tahu.
Dia terharu.
Saya juga.
Saya sampaikan ucapan istimewa buat Ummu sambil dia menggenggam erat tangan saya.
Saya tahu.
Dia terharu.
Saya juga.
Saya mohon jasa baik DJ untuk memutarkan lagu Barakallah tapi jawabnya,
"Maaf. Lagu tersebut tiada dalam simpanan kami"
Lagu ini juga yang kami tujukan kepada pasangan cinta ini Ummu Hani & Ahmad Dhiak ketika kenduri walimah mereka, Januari lepas. Lagu tersebut dimainkan oleh DJ. Semacam ada satu perasaan. Ya, bahagia =) Bahagia melihat dia bahagia (Ololo...).
Ruben & Klip video Open Your Eyes
Kemudian, saya ditemukan dengan satu klip video Open Your Eyes mengenai pengalaman Ruben (Abu Bakr), seorang jurufoto yang menemui cahaya Islam (1996). Lirik lagu ini sangat 'kena' dengan situasi Ruben.
Ruben sebelum kembali kepada fitrah, telah melakukan kajian demi kajian untuk menilai kebenaran Al-Quran. Antaranya mengenai kejadian gunung-ganang malah perkembangan fetus di dalam kandungan. Cuma dia memerlukan sedikit lagi dorongan kekuatan.
Kata Ruben,
“Seperti berada di tebing tinggi, saya bersedia untuk melompat, saya cuma memerlukan dorongan kekuatan”
Ruben diam di dalam bilik, tingkap terbuka, lilin bernyala. Dia membaca Al-Quran dan kemudiannya berhenti.
“Allah, inilah saatku, ini saat untuk saya berkira-kira untuk memeluk Islam. Yang saya perlukan ialah petanda, Cuma petanda kecil, bukan besar "
Begitulah seterusnya Ruben cuba berkomunikasi dengan Allah semata-mata mahukan petanda kecil tersebut (masyarakat Barat memanggilnya keajaiban).
“Kemudian saya berkata ok…Mula”
Hening..............
“Dan SubhanALLAH tiada apa-apa, sama sekali tiada apa-apa berlaku. Jujur, saya sangat kecewa ”
Sekali lagi dia membuat tawaran kepada Allah.
“Dan SubhanALLAH, sama sekali tiada apa-apa berlaku. Saya sangat kecewa. Saya termenung. Saya duduk memikirkan…kamu tahu, ini peluang terakhir saya, Islam dan saya benar-benar, tidak menemuinya (petunjuk)”
“Saya kembali membuka Al-Quran, menyelak ke muka sebelah dan ayat pertama dibaca memberi kesan: Untuk orang-orang yang mencari petanda, tidakkah cukup apa yang Allah tunjukkan? Lihat sekeliling; langit, pepohon, air, semuanya petunjuk yang kau mahukan. Ia petunjuk-petunjuk kepada yang mahu memahami"
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan (Surah Al-Baqarah: 164).
ALLAHUAKBAR!!!
Perjalanan Ruben masih jauh. Baca Kisah Selanjutnya.
Bacalah kisah-kisah mereka yang kembali kepada fitrah. Moga kita dapat meminjam sedikit semangat mereka----->Kisah Kembali Kepada Fitrah di Australia
Makin Dekat Atau Jauh?
Setiap apa yang datang daripada hati akan terus meresap ke dalam hati yang lain. IMHO, kejujuran & kebenaran dalam lirik-lirik MZ yang menyebabkan para peminatnya tanpa jemu memutarkan lagunya.
Cuma, saya suka mengingatkan diri sendiri. Hati-hati dalam meminati sesuatu figur. Silakan, jadi kipas susah mati, tapi jangan fanatik. Fanatik akan menarik kita daripada waras akal. Sehingga memuja hamba lebih daripada memuja-memuji Sang Pencipta. Dia, Allah Yang Maha Menciptakan.
Hayati mesejnya & praktikkan dalam hidup. Itu yang penting.
Duduk diam-diam. Fikir.

Cenderung kepada MZ, apa makin dekat atau makin jauh aku kepada ALLAH Taala?Terima kasih kepada blogger Ameen kerana cerpennya Mengejar Maher Zain memberi peringatan jelas kepada para kipas susah mati MZ. Malah mesejnya mencakupi kepada semua kipas susah mati mana-mana artis. (Susah hati dengan seorang kenalan yang sangat fanatik dengan artis pakar jalin rambut ini). Atau fanatik terhadap apa sahaja. Bola? Muzik? Buku?
Tepuk dada, tanya iman
Carilah keseronokan hidup di dunia ini, selagi tidak menjejaskan 'keseronokan' hidup kita di masa hadapan dan di Akhirat Tempat Pembalasan - Ustaz Rujhan, IKIM.fm (TQ Mas atas perkongsian)Nota Kaki: Seterusnya, mahu mengabadi sedikit kenangan Showcase MZ @ MBSA Shah Alam 141010 lepas. Bukan mahu jeleskan sesiapa =)
bestnya.
BalasPadam