[FREE] Speaking Course: Lappy jadi Cikgu


Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang sudah jam 5.00 pagi. Jangan korang ingat saya ni takde kerja menekur depan laptop ni sesaja. Pagi nanti hajatnya nak tunjuk muka depan Dr. 10. 

Ya, dia Dr. 10; Co-supervisor saya.

Janjinya, 2 minggu untuk siapkan draf technical report. Tapi, almaklumlah saya ni jenis terkial-kial nak mencari idea & mengarang ayat...Pagi kang genap 3 minggu. OK. Baru boleh jumpa dia. 

Bukan kerana dah siap. Tapi sebab buntu tak dak idea bergeliga!

Kelaut lagi nanti nih. Balik ke cerita asal.

Tengah membaca jurnal sambil tongkat mata, tangan gatal menggodak bar alat Adobe Reader. 

Jumpa la alat yang namanya READ OUT LOUD

Hah, menarik nik! OK.  

Tekan READ THIS PAGE ONLY.

READ OUT LOUD; Lappy jadi cikgu. Dah boleh belajar pronounce dengan betul.

Nganga mulut luas-luas. Jegil mata.

Wah, mamat Lappy baca jurnal nih! Speaking okey.

Apa pasal sebelum ni tak  tau pun? Bolehlah practise spikang untuk viva nanti! Yes! Yes!

Saya sorang je ke yang baru tau pasal makhluk ni?

Nota Kaki 1: Ooyai! Laju berabuk mamat Lappy ni baca. Jangan tanya. Saya tak tahu macam mana nak suruh dia slow.

Nota Kaki 2: Dah seminggu kisah Maher Zain. Tapi saya masih terkial-kial menaip pasal cerita tuh. Pasal panjang bebenor. Mungkin pecah jadi siri 1, 2 , 3 hingga habis. Banyak pulak idea nak nulisnya. Huishh, tulis report terkial-kial!

Nota Kaki 3: Teringin nak letak sekali video masa showcase hari tu. Timbang-timbang dulu.

2 ulasan:

  1. like! like! like!

    oh ok. dah tau dah how to reduce the voice speed.

    control panel > ease of access > speech recognition > text to speech > voice speed. setel

    BalasPadam

Makhluk bagi komen