Korban & Golok

Image hosted by   Photobucket.com
Assalamualaikum & salam sejahtera

Splash!!! - Gambar milik kawan blog: Acai Jawe

Aidiladha yg manis utk adik-adik, beraya di Kg. Gaung Pendek; Kg. Ibu. Boleh dibilang dengan jari kanan je berapa kali kami solat sunat hari raya di sana. Kali ni siap balik 2 hari awal. Mak aih!

Manis utk ibu, masuk bahagian korban dgn tiba-tiba (Allah dah tentukan rezekinya). Manis utk kami, menyeberangi Sg. Golok utk kali pertama =) Memborong barang 'dagangan' dengan niat mahu berniaga. Lagi menarik jadi pekerja separa mahir membuat ketupat manis, pulu lepa (panggang) dan sate! Wah, terbaik! v("J)

Semua bab gembira. Mana bahagian hayati pengorbanan de? Ada...mana boleh lupa. 

Hidup perlu pengorbanan. Biasa dengarkan. Klise? Kawan, sebab kita manusia sepanjang hayat kita. Tiada istilah cuti menjadi manusia. Apa tidak cukup nikmat yang Dia kurniakan, mahu diungkit segala pengorbanan yang kita lakukan? Ingat pengorbanan orang pada kita, lupa pengorbanan kita pada orang. 

Nota daging korban: Menyuap makanan ke mulut Ibu dan Mek (kakak Ibu) itu ada nikmat dalam jiwa.

Hati, mati...disiram hidup kembali?

Image hosted by   Photobucket.com

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Catatan lepas, 14 September cuma tiga baris.

Masih hidup. Belum mati. Alhamdulillah.
Fizikal hidup, jiwa terasa mati. Alangkah!

Dalam dingin malam 111111 (nak jugak tulis tarikh cun), rasa hati tak tertahan menyelami kisah benar tawa ria Noorah Kathryn Abdullah menghadam nikmat derita yang si Dia turunkan. SubhanAllah...Noorah satu tiada dua.

Noorah Kathryn Abdullah

Alhamdulillah...hati kecil ini masih lembut rupanya. Beberapa ketika, saya merasakan ada yang tidak kena pada hati ni. Kering dan beku. Mendengar kalimah Allah, cerita-cerita Baginda Rasulullah SAW, cerita pilu warga dunia cuma sekadar mendengar. Singgah di jiwa dalam batas seketika. Jiwa yang keras bermakna mati. Apa guna hidup dengan hati yang mati? أستغفر الله العظيم

Saat bacaan tiba di kalam Noorah bermimpikan Baginda SAW, tegak roma di badan, merasakan andai Dia Kekasih Allah hadir dalam mimpi. Allah...serentak tu juga terasa ada siraman air mawar dalam hati. Dingin dan nyaman membasahkan hati. (T_T)
SubhanAllah...WalhamdulIllah...Allahuakbar!

Malam tadi cukup indah. Tidur yang indah disulam untaian selawat cinta buat insan tersangat mulia bernama Muhammad Rasulullah.
♥ ♥
      اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
   ♥ ♥
رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيَّا
Aku redha Allah sebagai Tuhan, menerima Islam sebagai Agama dan mengakui Muhammad saw itu sebagai Nabi
~::♥::~~::♥::~ ::♥::~::♥::~~::♥::~
 Sinopsis
Noorah

Pengarang : Ummu Hani Abu Hassan

Tebal : 304
ISBN : 978-983-097-310-4
Harga : W/M:RM20.00 E/M:RM22.00

Sebuah bacaan yang penuh inspirasi, ketabahan seorang wanita menghadapi bermacam-macam siri ujian daripada Allah wajar ditekuni oleh pembaca! NOORAH merupakan sebuah kisah benar mengenai kisah hidup seorang wanita Inggeris berhati tabah. Perjalanan hidupnya penuh dengan cubaan. Zaman remaja dilatari dengan pelbagai tragedi hitam sehingga dia disumbat ke penjara Yorkshire. Sama saja bagi Kathryn Bennet sama ada dia tinggal di rumah atau menghuni penjara juvana di Yorkshire. Kedua-duanya dahsyat dan teruk. Namun segalanya berubah selepas dia berhijrah ke Bahrain, seterusnya ke London untuk bergelar Muslimah. Itu saatnya dia sentiasa dapat menghirup sisa manis dalam wadah ujian Allah. Maka dia masih boleh tenang melalui kepahitan hidup berumah tangga. Dia pasrah meredah ribuan kilometer untuk menjejaki tiga anak yang dilarikan bekas suami. Dia redha bergelar ibu tunggal kali kedua dan sekali gus mengambil peranan ayah untuk menyara enam orang anak di kota London. Dia juga mampu sabar diuji penyakit digeruni. Kerana dia yakin dengan besarnya hikmah di sebalik musibah.

Nota Daging Korban: Buku Travelog Tarbiah: Noorah terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd catatan Ummu Hani Abu Hassan. Boleh di beli di SINI. Atau mahukan tandatangan penulis boleh mohon di SINI, InsyaAllah.

Nota Daging Korban 2: Ummu yg manis, moga doa kita mahu bersahabat hingga ke syurga terangkat ke langit sana.

MATI?

Image hosted by   Photobucket.com
Assalamualaikum & salam sejahtera


Masih hidup
Belum mati

Alhamdulillah

*err...selamat hari raya 6 (dah ke? saya belum...aiseh!)

Baik cabut je tudung tu. Memalukan betul. (Bolehkah begini?)

Ini juga tudung =D



Image hosted by   Photobucket.com 
 Assalamualaikum & salam sejahtera


Quick update.

Apabila keluar di akhbar cerita-cerita salah laku wanita bertudung, apa komen kita?


Macam ini kah?


"Buat malu je. Baik jangan pakai tudung. Habis orang cakap yang pakai tudung pun buat jahat"


atau


"Sama je pakai ke tak pakai."


atau


"Tengok, orang pakai tudung pun buat jahat. Baik lagi orang yang tak pakai tudung"

atau


"Ha, kan betul. Jangan ingat orang tak pakai tudung ni  jahat je."


atau mungkin ini


"Jangan ingat kami tak pakai tudung, kami jahat. Don't judge a book by it's cover occay"


Macam-macam.


Sebelum ini, saya sedar dan tahu semua kenyataan di atas jauh daripada kebenaran. Tidak boleh kita bandingkan perkara buruk dengan perkara yang buruk. Dosa tetap dosa. Tiada perkara mungkar yang berstatus lebih baik daripada perkara mungkar yang lain.

Cuma, tidak tahu apa dalilnya.

Sekarang, Alhamdulillah sudah tahu. Jadi kewajipan apabila tahu untuk sebarkan kepada yang lain.


Maha Suci Allah


إِنَّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَ
Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma' Az-Zawaid, 10/228 )


Jadi, tak bolehlah kita bandingkan bahawa orang membuka aurat itu dengan orang yang salah laku. Apatah lagi menyuruh si pesalah melakukan satu lagi maksiat lain hanya kerana dia telah berbuat satu maksiat.

Tapi, jangan pula ada yang mengatakan sebagai contoh, "Dia pakai tudung singkat, mekap cantik-cantik supaya mudah orang-orang yang tak tutup aurat rapat dengan dia. Mudah nak dakwah".


Nabi SAW bersabda :إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم
Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )
Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )

Tentang don't judge book by it's cover macam mana pulak?



Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Nota Kuning 1: Tiga dalil di atas (tulisan biru) disebut oleh Ustaz Zaharudin Abdul Rahman dalam tulisan bertajuk "Bolehkah wanita berdakwah dengan nasyid" dan "isu-tudung-bidasan terhadap raja petra malaysiatoday".


Nota Kuning 2: Apa kata UZAR berkaitan BERSIH 2.0?

Khadam Allah; Masa



Image hosted by   Photobucket.com 
 Assalamualaikum & salam sejahtera

Jumaat datang lagi. 
SubhanALLAH. 

Khadam Allah yang tidak pernah leka
Satu persatu kiraannya
Tidak pernah cepat
Apatah lagi terlambat

Khadam Allah; Masa
Taat penuh patuh ia
pada janji-Nya
cuma aku
hamba yang hina
tercicir mengejarnya

Khadam Allah; masa
mahukah kau belas kepadaku
lelah mengejarmu
dalam jerih mengutuk diri
cuai memanfaatkanmu

Khadam Allah; masa 
andai kau bertutur bahasa manusia
barangkali kutukmu
aku manusia tak untung diri
meminta pada makhluk jua 
waima kepadamu masa

Khadam Allah; masa
mungkin juga
kau menempelakku
manusia hina
mohon pada Dia
Yang Maha Mulia
yang memberkahi segala ada

Duhai pemilik hati
pemilik segala yang dipinjam
kasihani hamba yang hina
berkahi masa

Hamba yang hina

Di sisi Allah yang Maha Mulia
Mengharap syafaat Baginda
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Faiz Faiza
Sudut sunyi
Kutubkhanah UniMalaya
29 hari bersisa
1 Julai 2011