Hari ke-2 dalam diari 2010 merakamkan walimah Ummu Hani dan Ahmad Dhiak serta Hasna Khairiah dan Saiful di Puteh Garden, Padang Sera, Alor Setar. Sudah semestinya Cikgu Abu Hasan & Puan Hamidah berbesar hati menerima dua orang anak lelaki.
Perjalanan kami wakil AZ ke utara terasa singkat dengan pemanduan ala turbo oleh Cik Mas. Keluar daripada AZ sekitar 9 malam dan tiba di AlorSetar jam 1.30 pagi. Alhamdulillah.
Kepala masih terasa berat ketika suria pagi 2 haribulan menyapa. Sakit tekak makin terasa. Hmm, badan masih mahu menunjukkan ragamnya seperti semalam. Apa pun, hajat mahu hadir di walimah Ummu Hani mesti ditunaikan.
Jam 1.00 tengah hari, kami berlima termasuk emak Hana tiba di majlis. Sempat menyelinap ke bilik pengantin. Ahaa, masanya untuk cik-cik bergebang bersama cik puan. Maka, Tuan mengundur diri ke bilik kecil (eheee...).
Kemudian berjumpa Tok di bilik hadapan. Kalau-kalau Tok masih ingat diri ini.
"Sapa ni?""Faiz kawan Kak Ummu, Tok. Tok sihat?""Hmm...kawan Kak Ummu. Cam ni la...."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Makhluk bagi komen