I'm Muslim, She's Hindu..So?

Bismillahirrahmanirrahim 
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Al-Hujurat 49:13)
Pocoyo - kartun anak-anak tadika, tapi saya suka =)


Clash of Civilization; teori yang diketengahkan oleh pakar politik Samuel P. Huntington, propaganda tajaan Amerika Syarikat yang cuba menanam kepercayaan bahawa manusia akan berkonflik kerana agama. Sedangkan, jika semua penganut agama kembali berpegang teguh kepada ajaran masing-masing dunia ini cukup aman untuk kita semua berbagi kasih-sayang. Semua agama di dunia ini mempunyai persamaan daripada aspek etika dan nilai. 

Ustaz Hasrizal dalam suatu artikelnya pernah berkata, 
"Tetapi interfaith dialogue, dan saya sebagai muslim dan student of history, kepercayaan saya lebih tinggi kepada “agama itulah sumber penyelesaian konflik, bukan sebaliknya”
Interfaith dioalogue / Dialog antara agama tidak semestinya perlu berlaku secara formal. Malah, dalam kehidupan seharian. 

Sahabat Hindu saya sering bertanya itu ini tentang Islam. Kenapa begini? Kenapa begitu? Apa maksud ini? Apa maksud itu? Soalan-soalannya kerap memaksa saya membanyakkan bacaan (yang saya sangat bersyukur dengan situasi ini) dan memahami cara menyampaikan tanpa menyebabkan dia lebih prejudis tentang Islam yang mulia ini. Moga Allah memimpin lidah ini.

Dialog antara agama tidak harus menjadi medan menegakkan siapa benar siapa salah. Ia sepatutnya menjadi ruang untuk kenal-mengenali, kasih-mengasihi dan menjalin kerjasama antara setiap insan. Benarlah apa yang Allah firmankan dalam Surah Hujurat, ayat 13.
Dalam pada masa yang sama, siapa yang merenung dan berfikir akan temui jalanNya.
 "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan" (Surah Al-Baqarah: 164).
I'm blessed to have friends from different race, culture & religion =)


Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen