Tribute Buat Nenda 2






Image hosted by   Photobucket.com 
Assalamualaikum & salam sejahtera

Dengan menggunakan tagline ‘Bukan Sekadar Novel’, karya Ustaz Rashidy Jamil Al Rashid membuka sedikit dimensi baru dalam pandangan saya menerusi karya beliau bertajuk 'Tribute Buat Nenda 2'.

Tidak dapat tidak, tulisan Ustaz Rashidy terasa akrab kerana mengambil latar Kuala Berang, pekan kecil tempat tinggal keluarga saya. Kampung Buloh, tempat kelahiran Ustaz merupakan kampung mak saudara saya. Pun, saya pernah terdengar cerita-cerita lisan perihal keluarga Hajjah Tuan Sharifah binti Tuan  Tengah iaitu nenda ustaz.
Tapi, bukan itu saja yang memikat hati untuk terus mengulit buku kecil tersebut. Pelbagai cerita pengalaman anak kampung (pun saya lalui walau tidak sezaman) dikisahkan Ustaz sambil merakam ayat suci Al-Quran, hadis Baginda SAW malah kata-kata hikmah golongan bijaksana. Teknik penceritaan memain peranan dalam 'meringankan dan memudahkan' cahaya pencerahan menembusi hati.
Hatim Al-Asom seorang ahli Tasauf menulis di dalam Al-Hikamnya: “Janganlah merasa gembira di atas perbuatan taat kerana engkau meraskan ia telah dapat dilaksanakan, tetapi gembiralah kerana Allah telah mengurniakan hidayah dan petunjuk sehingga engkau dapat melaksanakan ketaatan itu.” (m/s 26)

Telah berkata para Hukama’: “Orang yang paling bahagia ialah yang mempunyai hati yang alim, badan yang sabar dan berpuas hati dengan apa yang ada di tangannya” (m/s 29)

“Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni kesemua dosa-dosa. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen