Bidadari Syurga



Image hosted by   Photobucket.com 

Assalamualaikum Pak Darwis Tere-Liye & isteri (fb)

Moga diselimuti rahmat Allah hendaknya

Terima kasih Tere-Liye atas bujukan-bujukan indah lewat 'Bidadari-bidadari Syurga'.


Semalam, pusing-pusing cari buku di Pesta Buku Antarabangsa KL. Saya unjuk novel BBS kepada seorang sahabat. 

"Buku ini untuk kita". 

Dia hadam bahagian epilog, perlahan. 

Jeda. 

Dia mengangkat kepala, dengan mata berkaca.
EPILOG

Dengarkanlah khabar bahagia ini.

                Wahai wanita-wanita yang hingga usia tiga puluh, empat puluh, atau lebih daripada itu, tapi belum juga menikah (mungkin kerana kekurangan fizikal, tidak ada kesempatan, atau tidak pernah ‘terpilih’ di dunia yang amat keterlaluan mencintai harta dan penampilan wajah). Yakinlah, wanita-wanita solehah yang sendiri, namun tetap mengisi hidupnya dengan indah, bersedekah dan berkongsi, berbuat baik, dan bersyukur. Kelak di hari akhir sungguh akan menjadi bidadari-bidadari syurga. Dan khabar baik itu pastilah benar, bidadari-bidadari syurga parasnya luar biasa.
Doa kami, andai tidak di sini, moga Allah izinkan kami jadi bidadari-bidadari di syurga sana. Amin
Faiz Faiza
Kuala Lumpur


Dan sungguh di syurga ada bidadari-bidadari bermata jeli. (Al Waqiah:22)
Pelupuk mata bidadari-bidadari itu selalu berkedip-kedip bagaikan sayap burung indah.
Mereka baik lagi cantik jelita. (Ar Rahman:70)
Bidadari-bidadari syurga, seolah-olah adalah telur yang tersimpan dengan baik. (As Shaffat:49)

Nota Kaki:  BarakALLAHulakuma Kak Wani & Abg. Anuar. Tak keterlaluan kalau saya katakan, latar cerita Kak Wani ada sedikit persamaan BBS. Sungguh, benarlah janji-janji Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen