NO and YES

Image hosted by   Photobucket.com 


Assalamualaikum & salam sejahtera

Ada banyak perkara mahu ditulis, akhirnya pendam dan peram. Aishh...

Cerita Mesir & Ops Piramid
Adinda Alang yang sepatutnya berlepas ke Kaherah 29 Januari lepas, menangguhkan perancangannya untuk mendaftar pengajian peringkat Sijil Bahasa Arab di bawah Universiti Al-Azhar ekoran kekacauan di Kaherah. Jumaat, sehari sebelumnya menyaksikan demonstrasi rakyat Mesir secara besar-besaran setelah Presidennya; Hosni Mubarak enggan turun sebaliknya mahu merombak parlimennya. 

Jam 7.00 pagi tempatan, saya menelefon Kementerian Luar Negeri. Menurut mereka keadaan masih terkawal dan selamat. "Biar betul dia ni. Dah ada curfew. Tentera dah masuh kota. Takkan itu namanya terkawal dan selamat?"  

Tum-tam tum-tam. Keadaan makin serius. Alang sedikit kecewa kerana terpaksa menangguhkan  pemergian ke sana. Ibu pula lega kerana Alang belum ke sana. Habis satu perkara. Tinggal satu lagi; Adinda Anik juga mahasiswa Azhar sedang berada di sana. Runsing ibu dibuatnya apabila dia bercadang untuk tetap tinggal. Budak bertuah ni! 


Setelah pelbagai kejadian, akhirnya Adinda Anik sudah berada di bumi Jeddah. Menurut Anik, kalau di bumi Kaherah sedang tegang dengan pergolakan rakyat melawan pemerintah zalim, di Jeddah ada cerita tersendirinya juga. Pergolakan menjaga mata dan hati berikutan kepadatan para mahasiswa Malaysia di Mesir yang pelbagai karenah yang merungsingkan iman. 



Iman, Islam, Akhlak
Teringat tulisan Ustaz Pahrol Muhamad Juoi perihal nilai akhlak (Solusi, No. 28, hlm 17). Akhlak dibentuk daripada dalam ke luar (inside out). 

Iman merupakan faktor dalaman untuk membentuk akhlak iaitu memantapkan keyakinan berasaskan tauhid sebagi paksi utama yang membentuk pandangan alam (world view).

Pemantapan iman disusuli proses melaksanakan siri amalan ritual Islam secara konsisten. Keyakinan terhadap Rukun Iman diterjemah kepada amalan-amalan dalam Rukun Islam. 

Dan akhirnya akhlak terhasil (luaran) yang mana perlakuan baik lahir dengan mudah, istiqamah dan ikhlas kerana merasakan ihsan; Allah melihat atau dilihat Allah.

15 Februari yang istimewa
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka yang merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar" (Riwayat Ibn Majah)

Say NO to Valentine's Day
Say YES to MAULIDUR RASUL


Mari sama-sama menggandakan selawat ke atas Baginda s.a.w dan mencontohi akhlak Baginda s.a.w.








Nota Kaki Ayam 1: Masih menunggu kepulangan Anik. Difahamkan bahawa Anik dan kawan-kawan akan dibawa pulang terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud, Terengganu. Almaklumlah, antarabangsa. "Masa ni lah nak promo airport tu antarabangsa. Doplah guna untuk jemaah haji je" komen Ibu yang setiap hari mengikuti Berita Awani. 

Nota Kaki Ayam 2: Malas nak ulas pasal ops lambat bertindak

Nota Kaki Ayam 3: Ayam-ayam. Ajalmu mungkin akan berakhir sedikit hari lagi. Buat doa selamat kepulangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen