Tarikh: 8 Safar 1432 bersamaan 13 Januari 2011
Kepada:
Tuan dan Puan yg sedang marah
PERK: Aduan-aduan Bertarikh 3-8 Safar 1432 (8-13 Januari 2011)
Assalamualaikum
Pihak kami telah menerima aduan-aduan Tuan/Puan perihal yang berkaitan. Pihak kami cuba berusaha untuk memulihkan keadaan sebaik mungkin. Kami berbesar hati dan tersangat sudi untuk menolong meredakan keadaan atau paling tidak mendengar permasalahan tersebut.
Kami menyeru kepada kedua-dua belah pihak untuk menghentikan sebarang provokasi. Provokasi bermaksud perbuatan membangkitkan kemarahan, minat, dsb (Kamus Dewan Empat). Provokasi tidak mungkin membawa kepada penyelesaian meraikan kedua-dua pihak. Mohon dinilai kembali perkataan dan perbuatan kita dalam tempoh tegang ini. Kita berdamai supaya tali jangan putus, kaitan jangan serkah.
Untuk pengetahuan Tuan/Puan, pihak kami bukan berlagak seperti malaikat. Tetapi kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk menjadi manusia yang baik. Kami percaya Tuan/Puan begitu juga. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami supaya Tuan/Puan berusaha untuk tidak menggunakan bahasa kesat atau dalam erti kata lain mencarut. Mencarut-carut mengikut Kamus Edisi Empat membawa erti mengeluarkan perkataan yg keji dan kotor, memaki-maki: kadang-kadang mencarut dan meludah. Penggunaan perkataan-perkataan tersebut ibarat menggunting dalam lipatan, boleh mengusutkan lagi keadaan malah menyebabkan ‘system server’ kami ‘down’.
Disamping itu, kami meletakkan kepercayaan penuh bahawa Tuan/Puan boleh berbicara tanpa provokasi, mengawal perasaan marah tersebut dan duduk berbincang dengan hati yang lapang. Tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih.
Allah, Tuhan yang kita sama-sama imani turut berfirman:
Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan (Ali ‘Imran 3:133-134)
Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan (Ali ‘Imran 3:133-134)
Layar berbelok-belok
Sauh dibongkar di tempat tenang
Yang tinggal hati tak elok
Yang pergi hati tak senang
mT___Tm
Maklum balas Tuan/Puan diperlukan.
Terima kasih atas kerjasama dan toleransi Tuan/Puan.
Sekian, dimaklumkan.
Wassalam
Ketua Pentadbir
Muka Buku Faiz Faiza
::Kami bukan malaikat. Tapi kami nak jadi baik dan kami tahu kalian pun ORANG BAIK-BAIK::
*Tandatangan tidak diperlukan. Cetakan komputer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Makhluk bagi komen