Assalamualaikum & salam sejahtera
Hari pertama di bulan pertama tahun baru dah berlalu. Biar pun langit malam cerah dan meriah dengan gegar mercun dan bunga api, saya cuma menyambut malam tahun baru di rumah sewa setelah seminggu tidak pulang dengan menghadap Encik Lappy. Lebih menenangkan jiwa.
Siang tadi, rutin yang sama. Masih di hadapan Encik Lappy menaip tesis. Wah, sangat menarikkan?
Apa yang kalian lakukan ya?
Ya, saya ada azam baru.
Azam saya mahu mencapai azam tahun lepas iaitu menyelesaikan master dan konvo! Juga kerja sepenuh masa. Maaf, hidup berdua tidak masuk dalam perancangan tahun baru. Belum.
Nak bisik sikit. Ada seorang doktor sedang meluaskan bisnes klinik. Mungkin perlukan manusia tahan duduk lama dalam lab kumpulan pekerja makmal. Walaupun bukan standard master, saya mahukannya. Ia terlebih beruntung daripada saya terpaksa membuka mulut emas ini di hadapan golongan bergelar anak murid. Uh, tidak...OK, edit resume dulu ya =)
Tahun Baru Kisah Haru?
Berita awal pagi melaporkan kes-kes haru-biru termasuk kes janda anak satu dicekup bersama lelaki bukan mahram. Saya takut untuk mempercayai bahawa ramai anak-anak dara hilang kesucian di malam tahun baru. Tapi, itu fakta. Menakutkan. Dayus bapa-bapa yang merelakan anak dara mereka diangkut ke sana-sini. Terutama anak-anak yang tinggal di kampus dan rumah sewa. Mereka tidak tahu atau buat-buat tak tahu?
"Kitorang tak buat apa-apa la."
"Memang kitorang naik motor sekali, tapi tak sentuh-sentuh"
"Kitorang duduk jauh-jauh tau."
"Kitorang kat tempat orang ramai"
Meh sini, nak bagi sedas.
"Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia bersendirian dengan seorang wanita di suatu tempat tanpa disertai mahramnya, kerana sesungguhnya yang ketiganya adalah syaitan." (Hadis riwayat Ahmad).
Astaghfirullahala'zim.
Kepada sesiapa sahaja yang terkena, terima dengan hati terbuka. Belum terlambat untuk berpatah ke jalan yang benar. Kita serupa, manusia yang sentiasa tak lekang daripada alpa. Sama-sama kita gali keindahan hidup dalam syariat Islam.
Nota kaki 1: Hari ini 02012011, genap 28 tahun Cik Puan Ummu Hani yang manis. Sanah helwa ya jameelah. Moga kesihatan Cik Puan dan insan di dalam berpanjangan.
Nota kaki 2: Apa perasaan tangkap bola macam selamatkan nyawa sendiri? Terbang sana-sini. Fuh, berbaloi-baloi!
Nota kaki 3: Ramai betul artis-artis yang dah mula bertudung. Alhamdulillah. Tapi dalam pada masa yang sama, saya sedikit risau. Risau kalau mereka goyah. Moga-moga mereka terpelihara sentiasa. Lagi merisaukan, kemunculan gaya gadis-gadis bertudung, berskirt pendek dan seluar legging. Erk! Dik, bungkus macam tu tak style la. Pi balik, pakai elok-elok. Jangan bagi laki-laki kat luar sana juling mata scan korang. Maruah bukan harga sesen dua ya.
Nota kaki 4: Sekarang, RAM otak sangat berat menyebabkan processor jadi perlahan yang amat. Semasa di Damansara Perdana Jumaat lepas, saya menaiki lif dan memasang telinga mendengar perbualan sepasang suami-isteri. "Sotong tak boleh, ikan udang tak boleh. Apa yang awak boleh makan sebenarnya?" "Tak pe. Doktor cakap as long as saya cepat makan ubat" Hari berikutnya, baru saya perasan dia artis yang berkahwin untuk kali ke-4. Itu masih dikira cepat. Ada peristiwa yang makan masa seminggu baru berjawab.
*Berapa banyak kaki daa....ini kes tak nak buat entri lain. Sumbat sini je terus. Apapun, selamat menang dunia akhirat =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Makhluk bagi komen