Assalamualaikum & salam sejahtera
Hari kedua di tahun 2011. Saya masih di depan Encik Lappy sambil jeling-jeling kotak tv.
Hari Pertama Mereka
Gelak sorang-sorang melihat 'gazet' Buletin Utama malam ini perihal gelagat anak-anak kecil menghadiri hari petama persekolahan. Menangis. Keluarkan kain sapu tangan. Lap air mata. T___T Well manner betul. Macho la! ~___^
Anak Ustaz Hasrizal pun akan menempuhi hari pertama pra-persekolahan di PASTI esok. Tertunggu-tunggu. Apa respon Imad nanti.
Jelas bahawa kebanyakan anak-anak kecil yang telah melalui zaman pra-persekolahan sama ada di Taska atau PASTI dll tidak akan mengalami banyak masalah memasuki sesi persekolahan Tahun 1. Malah ada yang excited mahu jumpa kawan-kawan lama dan baru. Yang bermasalah selalunya si kecil yang memang melekat dengan emak (oh anak omak) dan tidak berpengalaman menghadapi suasana baru.
Hari Pertama Kita?
Suka ya gelakkan anak orang lain? Aish...zaman kita dulu macam mana ya? Hehe...jom belek cerita lama.
Hari pertama persekolahan saya (1990) di SK Kuala Berang kurang warnanya. Agaknya pasal tu saya tak ingat =) Yang saya ingat cuma pakatan jahat nakal dengan kawan-kawan rapat menconteng buku kawan sekelas yang outstanding. Tak puas hati pasal asyik dia dapat perhatian guru. Busuk hati betul. Terkebil-kebil dia melihat buku latihan dah jadi macam buku lukisan. Hooo...Kami dengan hati kering buat donno je. Harap-harapnya anak Doktor tu tak simpan dalam hati. Itu cerita bulan pertama di SKKB.
Dalam bulan ke-2, saya pindah ke sekolah Arwah Abah mengajar. Jauhnya dalam 40km kot. Kira-kiranya, saya dan Along ni jadi peneman Abah la dalam perjalanan. SK Peroh. Saya diberitahu bahawa saya ditempatkan di kelas 1 Merah. Kelas pertama. Ha, time ni nostalgik.
Macam mana saya yang cool ni boleh takut nak masuk kelas. Senyap-senyap masuk bilik guru. Menyorok bawah meja Abah. Huhu.....Tak nangis tau. Tapi diam-diam bawah meja. Cikgu Zul (eh? ke Cikgu Rashid? hooo sudah lupa) datang cari saya. Bawa ke kelas jagaan dia. 1 Kuning. Banyak kisah suka & sedikit je duka di SK Peroh ni.
Aish, syok betul zaman kanak-kanak kan?
Pertama
Daripada kecil kita sudah dilatih supaya mendapat tempat pertama. Bukan dua, tiga dan seterusnya. Zaman kita rasanya tekanan itu masih boleh diterima. Sekarang?
Kasihan kanak-kanak moden. Kasihan ibu bapa. Sistem hidup sekarang menekan seluruh komuniti untuk bersaing sedari kecil lagi.
"Siapa orang pertama menjejakkan kaki di bulan?"
"Neil Armstrong"
"Siapa orang kedua?"
................
Tak tahu, kan?
Tiada siapa mahu ingat orang kedua, ketiga dan seterusnya. Hanya yang pertama.
Dalam pada memburu tempat pertama di dunia, beringat-ingat supaya kita tidak terakhir atau barangkali tidak tersenarai langsung untuk ke syurga.
Nauzubillahiminzalik.
Moga Allah jauhkan kita daripada kerugian dunia akhirat. Apatah lagi api neraka. Amin.
Jika kau memanjat, bukan kawan kau pijak
Andai kau jatuh, bukan kawan kau tarik
Nota Kaki 1 Selamat menahan sabar dan selamat berfikir kreatif buat semua kawan bergelar cikgu. Chaiyo!
Nota Kaki 2 Saya penat berlari laju. Mahu jalan teratur. Lagi banyak bakar kalori tau =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Makhluk bagi komen