Kanan atau kiri...mana haluannya? | TERKINI |

Image hosted by   Photobucket.com


Assalamualaikum & salam sejahtera
Terpecah peluh di muka. Setelah setahun mencanang impian di sini |Kanan atau kiri... mana haluannya?|, saya terkedu. Malu dan kelu. Impian masih bergelar impian. Belum upaya menjadi kenyataan.

Haluan itu pilihan masing-masing. Asal ia membawa ke syurga, mudah-mudahan.






















 
 























| Hurmm, masih terasa kerangupan & kemanisan anggur tempatan di Ladang Anggur Tasik Beris, Sik |


Cerita 1
Gadis comel itu kelihatannya mungkin tidak akan menjadi saintis. Tapi artis.


Saya...geleng kepala.


Cerita 2
Gadis desa tersebut sedang memeluk bahagia. Hadirnya cahaya mata perkongsian hidup dengan jejaka restu emaknya.

Saya...senyum tumpang bahagia.

Cerita 3
Gadis itu tidak buntu. Dia masih utuh dengan pendirian.

"Aku mahu menerima skrol itu tika kalendar Agustus 2010 menghampiri penghujungnya. Aku mahu kamu, skrol masterku!"

Cuma....bukan Ogos 2010. Ia dah berlalu 4 bulan. Malah terpaksa mendaftar lagi untuk semester ke-6.

Barangkali, Ogos 2011 baru diperkenan Allah hasrat mulia.


Tapi, sedikit lega. Manuskrip untuk penerbitan sedang diperam diteliti oleh Supervisor PD ARAJ. Sangat berterima kasih kepada Co-supervisor Dr10 yang menghulur bantuan. 


Tesis pula sedang dalam proses taip, edit dan peram. 


Eksperimen wajib sudah berjaya kesemuanya. Alhamdulillah. Cuma, 3 eksperimen tambahan sebagai persediaan mempertahankan keputusan manuskrip belum menemui kejayaan.


A'la kulli hal, tiada istilah patah ke belakang.

Saya rela...Biar luka di dada, jangan luka di belakang.


Selamat tinggal 2010. Selamat datang 2011!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen