Pesakit Pertama (Tak habis lagi dengan perkataan pertama?)

Image hosted by   Photobucket.com 

 Assalamualaikum & salam sejahtera


Entri Mak Timah berceloteh panjang. Pergi buat kerja dulu baru datang balik dan baca. OK?

Terkocoh-kocoh saya bersiap untuk ke Bandar Tun Razak. Temujanji menentukan nasib Adik G. Sama ada buang atau tampal.

Bulan lepas, sudah ada temujanji untuk scaling (caj RM 4 sahaja =). Pulang ke rumah, baru menyedari doktor comel tak perasan. Adik G; gigi geraham bongsu saya berlubang. Sudah lama. Almaklumlah nun di belakang. Bahagian atas pulak tu! Setiap kali memberus gigi, alat tambahan diperlukan untuk membersih kawasan belakang. Hee...jari kelingking. Berus gigi tak sampai. Apa da...

Selasa lepas, Adik G berdenyut-denyut. Ah, sudah. Saya sudah terbayang-bayang beberapa not RM akan melayang. Shams; kawan Makmal Tingkat 7 dengan senang hati menelefon tempat kerjanya untuk membuat temujanji. Klinik Gigi Dr. Rosni, Bandar Sri Permaisuri (03-9171 7109). Klinik Dr Rosni memang terkenal dengan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan. 

Oleh kerana Rabu merupakan 'hari pelanggan' Klinik Pergigian Bandar Tun Razak (03-9171 5193), saya mengambil keputusan untuk ke situ terlebih dahulu. Niatnya, kalau temujanji untuk cabut sangat lambat saya akan ke Klinik Dr. Rosni. Alhamdulillah, temujanjinya pagi tadi. Itupun setelah menghabiskan antibiotik Amoxycillin untuk meredakan kesakitan.

Setelah dibius selama 10 minit (Susah nak bernafas. Kena relaks. Baru saya sedari bahawa saya selalu bernafas melalui mulut!), Doktor comel berusaha mencabut Adik G. Susah. Sangat susah. 3 jenis pencabut gigi terpaksa digunakan. Daripada saiz biasa kepada saiz yang err...luar biasa. Jangan kata gusi berdarah, bibir pun turut berdarah. Rahang terasa penat.


Sekejap-sekejap dia menenangkan saya. Tahan ya. Sikit aja. He...Saya fikir ayat itu sebenarnya untuk dirinya juga. 


Prakk!!!
Ughh!!!


Tercabut. Tapi, bukan semua. Tunggul masih tertanam erat di dalam. Saya sudah membayangkan bahawa operasi ini akan berakhir dengan pembedahan kecil ke atas gusi.


Bingo! Telahan tepat. Doktor bekalkan saya dengan antibiotik yang sama untuk mengelakkan bengkak gusi. Tak lupa juga, panadol sebagai penahan sakit. Dia tidak membekalkan saya dengan Mefanamic acid kerana masalah gastrik. Tak mengapa. Saya masih ada 3 botol Mefanamic acid bekalan awal tahun lepas yang masih belum disentuh. Juga bekal Ranitidine bagi mencegah gastrik.


Di temujanji seterusnya nanti, gusi akan dibelah bagi mengeluarkan tunggul gigi tersebut. Pembedahan tersebut bernilai RM 50. Pesan doktor comel, jika masih mengalami kesakitan selepas kehabisan antibiotik saya akan dibedah terus. Tidak perlu menunggu hari temujanji.  Ongkos hari ini cuma RM 1 sahaja.


Setelah membeli sedikit sarapan, cepat-cepat saya memecut pulang ke PJ. Apa yang saya risaukan jadi kenyataan. Belum sempat sampai ke rumah, rasa kebas bius berganti dengan kesakitan yang amat sehingga ke saraf kepala. Huu...Allah...


Sampai saat ini, painkiller hanya membantu seketika sahaja. Dugaan sakit ini jauh lebih ringan daripada dugaan derita anak kecil Palestin. Dugaan sakit ini tak terbanding dengan sakitnya azab api neraka. Allah...Allah...

Layan pantun Kurik Kundi Merah Saga:

Mahu ke syurga risau tak sampai.

Nota Kaki 1: Kenapa sebulan ini baru saya menggunakan berus gigi Systema? Capaian jauh sampai ke belakang. No more kelingking to use. Highly recommended! 


Nota Kaki 2: Keseluruhan, saya berpuas hati dengan tahap perkhidmatan Klinik Pergigian BTR. Masa menunggu pun tak lama (kalau datang awal pagi la). Doktor comel sangat memahami klien (Mahu cari nama dia)

2 ulasan:

  1. salam nk tnyer..klinik gigi dr.rosni bukak dr pkul brpe yer? gusi sy sakit

    BalasPadam
  2. Tanpa nama,

    salam

    silakan telefon mereka. no ada saya letakkan

    moga sdh selesai masalah gusi tu

    BalasPadam

Makhluk bagi komen