Kanan atau kiri...mana haluannya?


Hidup suatu pilihan. Terkurung atau bebas lepas terpulang padamu
Gambar spesies ini di'ketik' semasa jalan-jalan jamu mata di Zoo Negara tahun lalu.

Pernah kalian merasa buntu untuk memilih? Ah, bosan sekali hidup jika tiada pilihan dalam hidup. Ibarat terperangkap di kelok kecil di tengah lautan. Hilang arah tujuan.

Sekecil-kecil memilih tudung untuk dipadankan dengan baju untuk ke tempat kerja. Sehinggalah memilih melakukan kebaikan atau kejahatan, syurga atau neraka. Gulp! Semuanya menuntut segala macam perkiraan, menyatakan pendirian.

Cerita 1
Seorang ibu dengan bangga memberitahu tamu impian si gadis comel, " She want to be a doctor"

"No, that's your passion! Wasn't mine. I want to be a scientist" si gadis pantas membalas menegaskan pilihannya.

Tamu yang mendengar tersenyum lebar lantas hati berbisik, "Alangkah mudah kalau aku begitu. Pantas menyatakan pendirian".


Cerita 2
Seorang gadis desa buntu memilih jodohnya. Mahu saja dimenangkan sang cinta hati. Tapi jejaka yang datang menyunting sukar ditolak.

Kata emak orangnya beriman, keluarga baik-baik. Sementelah, keluarga jejaka awal-awal lagi menyatakan restu mereka. Sedang sang cinta hati sudah diselami hati budi.

Mahu ikut kata hati atau restu bonda?

Tamu yang sembunyi-sembunyi merisik khabar tenang menerima "Alangkah tulus nilai patuh si gadis desa. Meletakkan iman melebihi segala".


Cerita 3
Seorang gadis juga. Opss..bukan buntu memilih jodoh.

Gadis itu di persimpangan. Mahu pulang menabur budi di laman permainan, tapi kerjaya yang diinginkan sukar dicari di sana. Bahkan, kerjaya paling cuba dihindari yang melambai-lambai mahu menyuntingnya. Kerjaya impian, lubuknya di pusat segala macam lumpur. Tapi, hati tetap mahu pulang ke laman sana.

Gadis buntu...memilih kanan atau kiri?
Gadis buntu... memilih timur atau barat?
Gadis buntu...memilih kerjaya itu atau ini?

Tamu menggeleng-geleng kepala. "Kenapa susah-susah memeningkan kepala? Apa sudah selesai siri eksperimenmu?"

Geleng kepala.

"Apa sudah berkajang-kajang penulisan jurnalmu?"

Geleng kepala.

"Apa sudah tebal manuskrip tesismu?"

Geleng kepala.

"Jadi, apa yang sudah selesai dirimu?"

"Aku sudah selesai menetap pendirian"

"Katakan. Apa pilihanmu?"

"Aku mahu menerima skrol itu tika kalendar Agustus 2010 menghampiri penghujungnya. Aku mahu kamu, skrol masterku!"

*Ahaahaha,...ini versi makan snek dan rehat setelah slide presentation untuk esok masih mentah.
*Entry ini ditujukan utk sahabat2 sebakul dilema. Yang sedang menikmati manisnya derita master/PhD

6 ulasan:

  1. waaaaahhhh~

    monolog si faiz yang comel..

    sungguh bertenaga..hehe

    chaiyok!
    chaiyok!

    BalasPadam
  2. Versi ini, ada iras diriku...Wah, semacam tepat menghurai rasa hati yg masih keliru..huhuu...lambat laun, akan ketemu apa yg dicari..hehehe...perjalanan masih jauh, sekali ke depan, jgn berundur.. Jom, sama2 menggenggam skrol master di bulan Ogos. Takbirrr!!!! Ameen...

    BalasPadam
  3. err...che da, cemana n potong word co*** kat ats tu yer? xsesuei la...kalo ummu suit sgt laa
    shaq: mail add plz,heee

    cheda: kira blh tuju kat semua yg dl dilema master/phd la kan? ok kena + ni.
    dh start writing ke cheda? ummu tgh memecut 140km/jam skang. mahu kejar, tp xdapek lg. lap lain la nknya. jnji Ogos dpn kita sama2 onvo, k.

    BalasPadam
  4. my_8six@yahoo.com

    alaaa..semua de sisi comel masing-masing..shaq ni len laa..mmg xcomel dah..haha

    cik ummu mmg comey pung..sgt sesuai..
    hehehe

    BalasPadam
  5. Caiyukk!!!!c.da tengah mensasar bulan 3 siap..adeeehh...byk benda terpaksa disampingkan, selagi lom siap writing. Ni bari chapter 2. Faiz, word tu, tak yah nk potong2...Memang monolog yg sgt comey, sama dgn tuan dier lah..hehehe...

    Janji, kita sama2 pakai robes konvo, sama2 comey dgn topi konvo..:)..yes....jgn pandang belakang lg..ops!!! (mcm ada yg tak kena jer dgn ayat ni..hehehe)

    Yg penting satu lg, bila mau ke Indon, ajak lah c.da sekali...hehehe..rindu untuk merantau, cr pengalaman...;)

    BalasPadam

Makhluk bagi komen