[GAMBAR] Abdullah Amin; perwira kecil Kak Dija & Ustaz Ramadhan

[UPDATED]
Bismillahirrahmanirrahim

Ini entri gula-gula.  Sekadar mahu menjamu pemanis mulut dahulu kepada pembaca.

hadith-fitrah.jpg
“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari)


Kak Dija (Khadijah Ismail) selamat melahirkan cahaya mata untuk kali kedua di Darul Ehsan Medical Centre melalui pembedahan pada 23 September lepas. Alhamdulillah. 

Setahun lepas Allah meminjamkan puteri Nur Fatimah buat seketika kepada pasangan ini. Kali ini cahaya mata lelaki dikurniakan-Nya. 

Oleh kerana bayi mulus ini menjengah alam ini semasa bulan Syawal, ramai yang meneka-neka, barangkali namanya nanti ada perkataan Syawal. Wah, Syawal bin Ramadhan Fitri?  

ABDULLAH AMIN NAMANYA
Alhamdulillah, Ahad lepas saya berpeluang menziarahi Kak Dija & bayi yang baru berusia 18 hari. Ustaz Ramadhan ketika itu keluar menghantar adik ke Matrik UIA. 

Alhamdulillah, saya paparkan di sini beberapa keping gambar Abdullah Amin bin Ramadhan Fitri untuk tatapan pembaca. Maaf, gambar-gambar tidak seberapa. s5is saya meragam tidak mahu fokus. Rupa-rupanya kekurangan kuasa bateri. Maka, setelah beberapa kali mengedit inilah hasilnya.


Abdullah Amin bin Ramadhan Fitri; sedang enak beradu ketika kedatangan kami.
"Assalamualaikum. Abdullah Amin, bukalah mata. Acik Faiz datang ni. Bukalah mata." sambil menguis hidungnya dan menciumnya bertalu-talu. 


"Waalaikumussalam. Siapa Acik-acik ni? Kawan-kawan mama kot. Acik, kenapa kacau Amin? Amin penatlah. Pagi tadi dah missed tidur sebab bercukur. Bagi can la..."

Merenung wajah si kecil merupakan antara terapi yang saya sukai. Melihat wajah-wajah tulus tanpa dosa. Jiwa yang segar penuh semangat mahu meneroka dunia. Cemburu melihat dia.


"Alamak, dah nangis!" He totally turned to red! Goshh! Tulah, tak habis-habis kacau Amin tidur




Dalam dakapan mama.


Istimewa untuk semua kenalan Kak Dija.
Berkongsi kebahagiaan menjadikan hidup kita semua penuh warna

"Dah makan dah ka?" soal Ustaz sebaik sahaja tiba.
"Takpe. Kitorang makan dah tadi. Terima kasih" 


Sebetulnya kami daripada warming house seorang x-Anjung Zahra'; Puan Rena di Kajang. Makan banyak pusingan di sana. TQ Rena for lovely spaghetti & sate =)

Selesai solat Maghrib di kediaman baru mereka di USJ 14 (cantik!), kami tergesa-gesa pulang. Segan mengganggu di waktu begitni. Bertambah segan kerana Ustaz Dhan dan Kak Dija terusan mengajak kami makan dahulu. *Blushhhing; :$ Kak Wani. Bukan saya :f.


Sesi ketik-ketik dan muah-muah.


"Jom balik, jom balik"
"Baik Kak Wani" =__=


Tahniah untuk Kak Dija & Ustaz Ramadhan Fitri.

Teringin nak capture gambar macam ni. Tapi, pergerakan super perlahan Kak Dija membantut niat saya. Kasihan...barangkali masih terasa perit di jahitan cesarean. Sesiapa mahu photoshoot bayi @ keluarga, boleh hubungi Fotohati. Hasilnya, memuaskan dengan harga berbaloi =)


Nota Kaki 1: Ramai pelawat menyinggah di sini sebulan dua ini melalui pencarian nama baba & mama Abdullah Amin. Saya khabarkan hal ini kepada Kak Dijah. Ni semua mesti nak tengok rupa handsome Abdullah Amin, kan?  
Nota Kaki 2: Terlupa meminta izin daripada mama & baba Abdullah Amin untuk menyiarkan gambar si comel di laman ini.So, gambar-gambar kemudian cerita ya. 

Big grin =] Terima kasih Kak Dija. Terima kasih pembaca kerana sudi menunggu green light =) Terima kasih daun keladi kepada Kak Wani (Siti Syazwani) menyampaikan hajat saya =)  

Nota Kaki 3: Daripada entri pendek, tiba-tiba sudah jadi panjang! Sedang mencuba automated watermark =D

7 ulasan:

  1. yazid & en_me,
    cantik, kan? kalaulah boleh caprure macam tu kat kaki Abdullah Amin =)

    try la capture mcm tu kt anak korang. dah nanti bagitau le, nak tgk jgk hasilnya ;>

    kredit to fotohati.com. kreatif la!

    BalasPadam
  2. wah..dah pegi tgk dah...ala...tak ajak pun...segan nak g sendiri..huhu

    BalasPadam
  3. Ina,
    tu laa...apsal xbgtau ktrg ina dh moved to kl? kitorang siap g umah krena lg.

    duk mana skang?

    BalasPadam
  4. ummu abdillah3/07/2011 10:32 PTG

    subhanallaah,qurratu ain saya juga bernama abdullah amin,3tahun. Abahnya junior abah abdullah amin di blog ni masa di um dulu

    BalasPadam
  5. ummu abdillah,
    subhanallah...dh 3 thn. saya teka, kalian kahwin spls sj grad ya ^_^

    BalasPadam

Makhluk bagi komen