Sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang


Peribahasa: Sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang (klik untuk mengetahui maksudnya)

Cerita 1
Sedang malam terus berlalu, aku dan seorang kawan masih di makmal tingkat 7. Pelbagai cerita dikongsi termasuklah cerita ini.

 Kredit: urbanhonking

Adik lelaki kawanku mempunyai seorang kawan rapat yang sangat 'gelojoh' dengan duit. Kita namakan saja dia M. M sebetulnya mahu mengambil jurusan perubatan, tetapi entah apa cerita bertukar ke jurusan perakaunan. Oh, memang wajar kenapa dia bertukar jurusan. 'Gila duit' orangnya.

M, ko tau esok ada pertandingan makan aiskrim. Kalo menang dapat RM10, 000!
"Nak. Aku nak! Jom kita gi. Ramai-ramai aa syok"
Beramai-ramai mereka menghadiri acara saringan. Hampir semua berjaya melepasi acara saringan. 

Hari berikutnya, hanya M yang tegar menghadiri pertandingan tersebut. Yang lain dah angkat bendera putih. Maunya tidak...nama aiskrimnya pun ESKIMO, haruslah tersangat sejuk! (jangan tanya, saya pun tak pernah dengar jenama ni =)
"Tak pelah, korang tak nak pergi aku gi sensorang"
Naik bas turun bas, komuter ke lrt, akhirnya M tetap dengan tekadnya yang 'murni'.

Lewat petang, M pulang dengan mata bulat dan tersengih-sengih macam kerang busuk.



Di tangannya tergenggam piala yang sudah patah kepala dan tangan kirinya menepuk-nepuk poket seluar. Cek RM 10, 000 jadi milik M! 

Sekarang kita undur cerita ni sedikit untuk menyorot plot-plot bagaimana M boleh menang.

Cerita M,
"Masa pertandingan tu, makcik sebelah aku tengah makan aiskrim yang ke-39. Aku masa tu ketinggalan jauh daripada dia. Fokus aku terganggu sikit"
"Aku tak pandang dah dia. Aku cuma makan cepat-cepat sambil renung cek RM10, 000 yang diorang pamer tu sungguh-sungguh. Aku cakap kat diri aku sendiri yang aku akan pastikan cek tu jadi milik aku "
"Aku menang setelah berjaya habiskan 40 aiskrim!"
Itu cerita M. Saya sendiri pernah berada dalam situasi M, tetapi dalam keadaan awalnya tertekan pertengahan membanggakan dan pengakhiran memalukan!

Jadi kita sambung kisah ini ke Cerita 2 lain hari =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen