Sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang (Cerita 2)

Peribahasa| Sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang bermaksud berusaha dengan tekad yang bulat; segala sesuatu selalu difikirkan untung ruginya.

*Post ini telah ditulis 2 bulan lepas. Tergantung di bahagian draf.
**Cerita ni meleret. Jika sibuk, jangan buang masa di sini.

Cerita 1 klik di sini.

Cerita 2
Tamat saja cerita si M dan RM 10, 000 nya, giliran saya pula menghulur jenaka. Aish, jenaka awal pagi. Saja kasi panaskan badan. Almaklumlah, di lab ni sejuknya yang amat. Tinggal tak ada snow je =) Kalau boleh buat unggun api ke apa lainlah kan?

Ini ceritanya...
Selepas berjaya 'mengeluarkan' diri daripada UM dengan bermaruah dulu, saya mengikuti kursus jangka masa pendek di Shah Alam (ala, untuk graduate yang belum dapat kerja tu la...apa ke namanya entah?). Kursus Buat Produk Herba (lebih kurang gitulah namanya, tapi lebih komersial la) Ada 2 kelas. Pada masa yang sama, ada 3 kelas untuk pelajar jurusan IT. Pihak pengurusan pun adakanlah kem so called orientasi di Kem El-Azzhar, Morib.

Setiap kumpulan terdiri daripada 8-9 orang tanpa ikut kursus atau kelas. Random. Macam-macam modul diguna termasuklah modul yang mencalarkan kemachoan air muka diri sendiri.

Naruto, Superman & Samurai Berkampung

Lampu dipadamkan. Lilin-lilin dinyalakan. Muzik kitaro dipasang. Headband ala-ala Naruto diikat kemas. Wah, warrior night!

Setiap kumpulan menghantar wakil untuk tiru aksi fasi dalam keadaan berdiri satu kaki.. Hup-hap tahan nafas, tahan aksi. Jatuh saja kaki, kamu terkeluar. Siapa paling lama boleh bertahan akan dikira menang & dianugerahkan di'tempek' bintang hero di headbandnya. Banyak pusingan sehinggalah peserta yang ada 3 bintang dan ke atas masuk final.

OK. Ni part yang best tu. Oleh kerana yang bercakap menulis ni dapat 3 bintang, dengan gagah perkasa perasan bagusnya berjalan ke tengah bulatan bersama-sama candidate lain. Ada dalam 8 orang saja. Cuma 2 sahaja bunga (bunga, ngeh2...)

Samurai Idol
Encik Fasi pun ke tengah dengan aksinya. Maka menirulah kami ni. Semua aksi yang stand with 1 leg only. Tangan macam terbang, naruto, otomen-semua ada. Tiap kali ada yang terkeluar, dia akan tukar aksi. Makin lama makin entah hape-hape. Hujung-hujung tu tinggal 2 orang saja; seorang pemuda perkasa & gadis yang perasan bagus tadi.

Lutut dah gigil pasal tak berapa biasa dengan berat badan baru. Dewan gamat dengan sorakan. Fasi-fasi lain sangat membantu. Ya, membantu mematahkan semangat. Entah berapa kali terhuyung-hayang. Cuma, perasaan masa itu terfokus kepada satu; pesilat takkan mudah menyerah kalah. Mesti berusaha dengan tekad yang bulat. Sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang.

Finale
Terhuyung-hayang tak sudah-sudah. Ada yang menyorak mengatakan saya kalah. Out. out. Fasi-fasi biarkan saja. Nah, pemuda tadi langsung kalah apabila dia menjerit-jerit memberitahu fasi bahawa saya kalah kerana terhuyung-hayang.

Manakan tidak kalah? Dia berdiri tegak dengan tangan di pinggang!

Hahahaa...saya masih boleh membayangkan suasana tersebut. Kesian, kesian. Perasaan 'bengang' memang jelas di muka dia. Oh, kalah kepada seorang perempuan kira sangat memalukan ya? Kan ini cuma permainan?

Penabalan
Konon-kononnya untuk dinobatkan sebagai wirawati pemenang, diadakan semacam upacara ala-ala samurai menerima pedang sakti. Kaki berdenyut-denyut. Sambil duduk, saya mengurut tapak kaki. Aduuuh...

Bunyikan semboyan!

Ketua samurai meletakkan pedang samurai yang dibalut dalam kain hitam (mestilah nampak hitam, dah gelap). Sudah menjampi puh kanan puh kiri.

Dewan hening...
"Dengan ini saya menganugerahkan pedang samurai ini kepada anda."

Ada bunyi 'tit' di situ.

What??? Pedang tu bercahaya kuning, biru, merah siap dengan bunyi beep beep!!!! Pedang mainan!

Argghhhhh!!!!

Malu!!!!

Nota kaki: Tak kiralah kita cantik/handsome ke, gagah perkasa ke, duit membukit ke kita tetap hina di mata Dia jika menyombongkan diri dari menyembahNya. Nauzubillah...

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". (QS. Al Mu'min, 40:60)

1 ulasan:

Makhluk bagi komen