Nasi banjir kuah. Penang style. Kredit gambar: foodpoi
CERITA SEKARANG
Arwah Abah telah kembali kepadaNya (setahun, lima bulan dan beberapa hari-kiraan Hijri). Ibu sedang menghitung bulan-bulan akhir bergelar guru.
Along sudah mengiakan konsep 'borek rintik'. Dia sedang menyesuaikan diri di sebuah sekolah menengah di Marang, Terengganu. Alhamdulillah, impian kami supaya Along ditukarkan ke negeri sendiri dimakbulkanNya.
Ketiga-tiga hero keluarga; Alang, Anik dan Acik mengikut kecenderungan yang dibina oleh ibu abah. Mereka melanjutkan pelajaran dalam pengkhususan Agama.
Ateh pula menjadi harapan Arwah Abah untuk melihatnya mengajar, barangkali sebagai pensyarah bidang kejuruteraan. Sekurang-kurangnya mengurangkan rasa gusar ibu memikirkan kelasakan si gadisnya. (Owh, itu dulu. Sekarang pantai dah berubah)
Baki tiga orang di bawah masih terlalu muda untuk dilihat hasilnya. Tapi, bibitnya telah ada.
DIRI SENDIRI
Akhir sekali, cerita empunya diri.
Sedari tingkatan lima, ibu abah berkali-kali meminta saya memikirkan cadangan mereka supaya saya melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan. Begitu juga ceritanya ketika mengisi borang kemasukan universiti selepas matrikulasi. Apatah lagi tika menyelesaikan Ijazah Sarjana Muda Sains Biokesihatan. Kali ini bukan lagi untuk bergelar seorang guru (ibu saya kurang berkenan dengan KPLI dan DPLI, selamat saya) tetapi mengajar sebagai seorang pensyarah.
Respons saya?
Geleng kepala. Saya mahu jadi penyelidik. Hasrat itu membawa saya ke sebuah kilang pembuatan ubatan herba (walaupun hanya tiga bulan) sebelum melompat masuk ke dunia penyelidikan perubatan molekul sebagai pembantu penyelidik dan kemudiaannya bergelar pelajar sarjana.
Seterusnya, bagaimana? Bergelar pengajar?
Saya tidak tahu. Masa depan adalah rahsia ALLAH.
Namun, perancangan tetap ada. Saya tetap mahu bergelar seorang penyelidik. Tetapi dalam masa yang sama mahu berkongsi pengalaman separa buku lali ini dengan sesiapa yang memerlukan. Masakan tidak mahu merebut janji Ilahi 3 pelaburan selepas MATI? Andai ada ilmu yang bermanfaat, mahu disebarluaskan.
Sesiapa pun boleh jadi pengajar tak bergaji, bukan?
Saya tidak tahu. Masa depan adalah rahsia ALLAH.
Namun, perancangan tetap ada. Saya tetap mahu bergelar seorang penyelidik. Tetapi dalam masa yang sama mahu berkongsi pengalaman separa buku lali ini dengan sesiapa yang memerlukan. Masakan tidak mahu merebut janji Ilahi 3 pelaburan selepas MATI? Andai ada ilmu yang bermanfaat, mahu disebarluaskan.
Sesiapa pun boleh jadi pengajar tak bergaji, bukan?
barangkali bersambung ke Roti Telur Banjir (TIGA), barangkali...
faiz dearie...
BalasPadammase depan mmg rahsia allah...kite hanye mampu usaha, doa n tawakal..when HE Blessed, everything possible..
yes husna
BalasPadamkerana ia rahsia ALLAHlah kita kena usaha bersungguh-sungguh & buat yg terbaik