Hati-hati Menjaga Hati

 Thorntons Continental
Seseorang telah menghadiahkan kami beberapa kotak coklat (Thorntons Continental) yang sangat menyelerakan dan kelihatan esklusif dengan rasa yang pelbagai. Di kotak coklat tersebut tertera perkataan sesuai untuk vegetarian.

Tapi, sesuai untuk vegetarian tidak cukup untuk menyatakan ia halal untuk dimakan. Lewat petang, saya cuba meneliti satu persatu kandungan coklat yang tertera di bahagian belakangnya. Seperti yang saya risaukan, beberapa kandungannya jelas adalah HARAM!!!

Awal pagi ini, sementara menunggu sintesis cDNA selesai saya mencari-cari status setiap jenis coklat yang terdapat dalam kotak tersebut. 8 jenis coklat tersebut jelas diisytihar mengandungi ALKOHOL. Lama saya berfikir, bagaimana mahu menyampaikan kepada rakan-rakan perihal tersebut? Saya sedar akan menanggung dosa jika tidak menyampaikan perihal tersebut.

Berkali-kali menambah, memotong, mengedit ayat. Akhirnya saya 'post' ia sebagai nota di FB dan 'tag' sahabat-sahabat yang terlibat. Saya mahu menjaga hati mereka daripada kotor dan tersinggung.


Moga-moga, kami selamat dunia akhirat
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

salam alaikum kepada UMBIans,

Thorntons Continental Chocolates issue

1st, TQVM cik adik for bought us so tempting choc. we appreciate it.

2nd, its label as suitable for vegetarians

3rd, but from 17 types of choc, 8 of them were contain ALCOHOL (clearly stated), 7 claimed as no-alcohol and 2 unknown status. Selain drpd diberitahu oleh web Thorntorns tidak diketahui.

4th, as reference-http://www.thorntons.co.uk/ThorntonsSite/category/Our%20Ranges_Servery%20Chocolates/

5th,berlaku adillah kpd HATI DAN TINGGALKAN PERKARA HARAM & SYUBHAH.
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

6th, saya tak tahu. dah termakan dah pun. macam mana?
Samada kita tahu atau tidak tahu perkara itu haram, maka yang haram tetap haram, tetap memberikan kesan terhadap hati kita. Kita tidak berdosa jika memakan makanan haram tanpa kita ketahui keharamannya, tetapi hati kita tetap terbina dari perkara yang haram itu. boleh baca lagi di sini-Kebersihan Hati dan Badan


akhirnya, maaf jika menyinggung hati sesiapa. saya tiada niat mahu memalukan sesiapa. apatah lagi berlagak pandai. hanya berniat menolong sesama saudara Muslim. Islam itu indah dan selamat, menjaga kemuliaan manusia. moga di masa depan, kita lebih berhati-hati menjaga sekeping hati (it's worth to do that).

peace =D

salam alaikum

faiz faiza
6.00 am,
030210

--------------------------------------------------------------------------------------------------

sebagai contoh:
V: suitable for vegetarian
G: Gluten free
A: Alcohol free

Champagne Heart terang lagi bersuluh haram.
Chocolate Truffle Heart, dicatat sebagai V: suitable for vegetarian dan G: Gluten free. Ia bukan A: Alcohol free (mudah cakap, ada Alkohol wahai kawan-kawanku)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berikut merupakan sebahagian petikan yang digunapakai dalam Fatwa Negara Brunei  Darussalam (disalin daripada web laman web Institut pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia, USIM);

Jika kewujudan alkohol itu berlaku dalam makanan atau minuman dengan cara mencampurnya atau menaruh atau memasukkan atau seumpamanya, sama ada alkohol itu dihasilkan melalui proses penapaian (fermentation) atau melalui proses kimia, maka barang-barang (makanan atau minuman) yang beralkohol itu menjadi najis. Dalam erti kata lain, minuman atau makanan yang bercampur alkohol itu adalah haram digunakan, diminum atau dimakan. Hukum haram ini jelas berdasarkan ayat dan hadis-hadis di atas iaitu dengan ijma' ulama padanya. Kerana dalam makanan atau minuman yang bercampur itu terdapat molekul khamr. (AI-Fiqh AI-Islami wa Adillatuh 3/537)
Nota: Fatwa Mufti Kerajaan Brunei Siri 8/1999:  Makanan atau minuman yang dicampur dengan alkohol.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keratan berikut pula diambil daripada web soaljawab.wordpress;
Walaupun begitu terdapat juga jenis-jenis makanan dan minuman yang menggunakan alkohol jenis memabukkan dengan tujuan untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan membuatkan orang ramai merasa ketagihan selepas makan atau minum bahan tersebut.Ianya banyak terdapat dalam beberapa jenis aiskrim , manisan , sebahagian coklat , minuman bergas dan sebagainya.
Proffesor Muhammad Abd Salam dalam bukunya “Musykilah Istikhdam al-Mawad fi al-Muntajat al-Ghazaiyah” m/s 6 menyebutkan : Penambahan alkohol jenis tersebut sengaja dilakukan pada sebahagian besar jenis makanan dan minuman dengan tujuan untuk mendapatkan rasa yang tertentu dan terbaik supaya pengguna merasa ketagihan dan menyukai makanan atau minuman tersebut.

Allahuaklam

4 ulasan:

  1. Syabas!!! Moga diberkati Allah...
    Boleh Faiz gitau ingredients dia? C.da tengok web jer, katanya alcohol free. Ada spesifik nama ker? Hmm,,banyak cokolat yg tak de tnda halal ni. Tapi c.da PENGGEMAR COKLAT..huhuhu.. Fererro ok tak ek? Adeeehh....Faiz, kata kwn c.da, kat KLCC ada 1 tempat sushi mmg ada tanda halal.. Jom save money for sushi. Kita gi sana reramai..hehehe

    BalasPadam
  2. nampak gambar je tak namapak tulisan

    BalasPadam
  3. Che Da,
    Mudah-mudahan begitulah hidup kita seharian; diberkati DIA.

    faiz dah tambah info psl 'ingredients' coklat ni. Tak banyak (setau faiz) company yg beritahu (declare) coklat yang mana yang tanpa alkohol. Alhamdulillah, Thorntons ni umum. Tapi, keterangan variasi coklat di kotak cuma umum sebahagian sahaja. Itu yang cik adik tu tertipu. Faiz duk pujuk dia cakap yang tu bukan sepenuhnya salah dia. Sebab dia dah request daripada seller dia nak yang alcohol free. Cuma tanda beringat untuk ambil tahu pasal barang haram apa yang selalu ada dalam coklat.

    Ferrerro Rocher macam tak berapa nak stabil la. Tengok negara mana yang hasilkan. Kalau yang daripada Kanada dikhuatiri haram kerana menggunakan whey. Tapi ada pula yang halal seperti diumum oleh Muslim Consumer (Klik ini http://www.muslimconsumergroup.com/Product.do?menu=Product&eventAction=newfoodarchives)

    Antara yang selalu digunakan; alkohol (selalunya ditulis sebagai liquor/etanol/etil etanol -semuanya kerana nak memberi rasa nikmat), rum dan segala macam nama jenis2 arak, lard (lemak babi) dan whey (kerana rennet kecuali sumber tumbuhan). Tengok sini (http://halalguide.org/List_of_Non_Halal.html)

    Apa nama restrn tu? Pagi semalam ada rancangan tv pasal restoran yang faiz teringin nak pergi, O-Shima (http://www.faizfaiza.blogspot.com/search?q=o-shima). Pelanggan duk puji mee sooju dia best. Tapi, dapat yang halal dan dekat lagi ok. Mas, amacam? Yang lain-lain? Che Da jadila event manager =))

    BalasPadam
  4. Yazid,
    ohooo..terima kasih
    sudah diedit.

    psst, cat ngidam caramel machiato lg ker?

    BalasPadam

Makhluk bagi komen