kredit gambar: ariffjrs
"Ane, kasi roti telur 2. Banjir punya""Siap!"
Sudah lama tidak menikmati keenakan kolesterol roti telur. Kecur air liur dibuatnya.
Ke mana lagi perginya kuah kalau bukan membanjirkan roti telur? (asyik-asyik nasi, kasi roti la pulak) Tak lari kemana bakat atau kebolehan ibu bapa, tentu turun ke penyambung keturunan juga.
Ke mana lagi perginya kuah kalau bukan membanjirkan roti telur? (asyik-asyik nasi, kasi roti la pulak) Tak lari kemana bakat atau kebolehan ibu bapa, tentu turun ke penyambung keturunan juga.
Bagaimana jika sebaliknya?
BAKAT
Jika ibu bapa guru, anak juga guru. Ibu bapa doktor, kebarangkalian tinggi juga anak-anaknya doktor. Jika ibu bapanya terpelajar, maka anak pun begitu. "It's in my blood" kata sesetengah daripada mereka.
Bagaimana dengan ibu bapa yang tidak sekelompok dengan para doktor, guru dan yang sama waktu dengannya? Apa anak-anak mereka tidak beruntung? TIDAK. Setiap cahaya mata yang dilahirkan di dunia ini telah ditentukan bahagiannya. Malah dijadikan ALLAH sebaik-baik kejadian.
CORAK
"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ibu bapa yang mencorak anak-anak daripada pelbagai aspek termasuklah membina KECENDERUNGAN anak-anak.
CERITA LAMA
Semenjak daripada kecil, kami sembilan beradik telah terbiasa menolong Arwah Abah (Al-Fatihah) dan ibu 'menanda' kertas jawapan subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu. Setelah itu, disemak oleh adik-beradik yang lain sebelum ibu dan abah memeriksanya sekali lagi.
Masih terimbau kenangan tersebut. Kami beramai-ramai meniarap di sekeliling ibu dan abah. Ibu dan Abah akan menyebut skema jawapan dan ditanda oleh para pemeriksa cilik.
"Abah, kalu ye jawab gini buleh dop?"
"Ibu, betul dop kalu ye tulih gini?"
Ayat-ayat karangan pendek sering menjadi bahan ketawa kami (Ops, bukan mengeji. Sekadar memberi perencah suasana). Kesempatan tersebut diguna sebaiknya untuk ibu dan abah memberi pencerahan kepada kami.
"Sepatutnya, begini-begini....Bukan begitu-begitu..."
BOREK SAMA RINTIK
Orang Melayu tua-tua teliti menilai perilaku dan watak kaum Melayu zaman-berzaman. "Bapa borek, anak rintik" kata mereka.
Seawal usia tujuh tahun lagi, karangan Bahasa Melayu Along mendapat pujian guru Bahasa Melayu. Karangannya matang dengan pelbagai perkataan; seperti, tetapi, walau bagaimana pun, namun demikian.
Saya percaya, itu antara hasil awal ibu abah membina kecenderungan dalam diri kami. Kecenderungan tersebut juga boleh dibina oleh para ibu bapa lain asalkan sahaja ada kemahuan. Si penoreh getah contohnya, membina kecenderungan anak-anak mereka sedari kecil supaya belajar bersungguh-sungguh untuk melepaskan diri daripada kemiskinan. Atau barangkali seorang Bekas Penagih Dadah membina keazaman anak-anak untuk melepaskan diri mereka daripada penghinaan apabila dewasa kelak.
Asalkan saja punya kemahuan.
Penat, kemudian saja kita sambung...
salam,
BalasPadamntha la kak ngoh..ambe lagi suka ambik pendekatan berbeza..tak moh ikut mok aboh.biar ada variety skit dlm family.huhu.apapon, semua dr kite kena usaha jd yg lebih baik dari parents kita.
salam ang,
BalasPadamabiskan baca yg bhgn II
br tau pe point kngoh
* i luv to be in lab. not in lect. hall, & not to mention class