Saya, keluarga dan...bateri

Lima hari berkampung di kediaman Bonda cukup menenangkan. Atau teruja untuk diluahkan sebagai BATTERY WAS FULLY CHARGED.

Kesempatan bertukar-tukar cerita dengan Ibu suatu hal yang saya tunggu-tunggu setelah 2 bulan tidak pulang ke gagang. Rupanya beberapa peristiwa seputar hal keluarga sengaja didiamkan daripada saya termasuk hal si bongsu demam panas. Kata ibu, "Kami tak nak Angah risau. Angah kan sibuk nak habiskan kerja-kerja lab". Ibu terlalu mencuba mengurangkan tekanan saya. Terasa bersalah mensia-siakan hari-hari di lab tanpa hasil yang memberangsangkan. Mendengar dan melayan ibu menata pokok-pokok bunga kesayangan mententeramkan jiwa. Cita-cita Ibu selepas pencen mahu buka nurseri. Mulanya nurseri kanak-kanak, kemudian dialihkan kepada nurseri pokok. Kata Ibu, "Jaga kanak-kanak terikat. Ibu tak boleh jalan-jalan" Aish, ibu. Barangkali rezeki murah, kita boleh jalan-jalan sekeluarga. Paling tidak ke Kota Bharu.

Pagi IdulAdha, jejaka permata ke-6; Achik mengimamkan jemaah surau mengulangi laku Arwah Abah suatu tika dulu. Juga laku dua orang abangnya; Alang dan Anik nun jauh di bumi padang pasir. Hmm, adik-adik saya semakin dewasa. Dewasa mengikut acuan Abah Ibu, ditempa mengikut kehendak Ilahi..Alhamdulillah. Tradisi solat berjemaah suatu terapi mendekatkan jiwa kami kepadaNya lantas mengikat hati-hati kami. Doa saya setiap hari, biar adik-beradik ini selamanya soleh/ah, penguat semangat ibu dan kukuh-mengukuh antara satu sama lain. Drama tv adik-beradik berputus kasih semata-mata kerana harta merungsingkan saya. OK. Tarik nafas dalam-dalam. Kosongkan fikiran. Lepas.... Kita mesti yakin dengan doa-doa kita.

Sepanjang perjalanan pulang daripada rumah Mak (mak saudara) ke Kuala Berang, segala macam cerita sepanjang musim di Durian Guling (SMKADG) digali semula. Saya mengikuti jejak Along mendaftarkan diri di sekolah berkenaan. Berselisih faham dengannya adalah perkara normal. Jawatan pengawas yang diterima ketika Tingkatan Dua dahulu tiba-tiba dikaitkan dengan pengaruh Along. Segar diingatan saya berhujah dengan Ustaz Roslan, Guru Displin tika itu. Andai saya diberi jawatan kerana dia, saya letak jawatan. Tau apa jawapan Ustaz? "Dop eh. Saya hok cadangkang name awok ke pengetua!" (Saya tak pasti, cerita ini pernah dikongsi bersama Along atau belum. OK, kira kongsi la ni kerana dia akan bertandang di sini). Terapi juga tu, mengingatkan kisah-kisah lama. Hmm, barangkali di masa depan saya boleh kongsikan siri kenangan di sekolah berkenaan. Barangkali, InsyaALLAH.

Berpagi menghantar si gadis manis permata ke-5; Ateh ke tapak pembinaan Klinik Desa Hulu Terengganu suatu terapi menyelami dirinya yang sukar membenarkan sesiapa menceroboh jiwa halusnya dengan bertembokkan perwatakan keras. Doa ibu ketika meraikan ulangtahun kelahirannya (awal beberapa hari) kami aminkan sesungguh hati. Moga dewasa dalam mendahulukan akal dalam tindakan. Potensi dirinya cukup besar. Cuma perlu berterusan diajak meneroka wilayah potensi diri.

Mengarah 'itu' 'ini' kepada si gadis ayu permata ke-7; Aby dan remaja sensitif permata ke-8 juga satu terapi membiasakan diri ke dapur. Walhal memasak juga bukan kegemaran saya melainkan kewajipan terhadap keluarga semata (Owh, tapi saya hantu rancangan memasak! Sebut aja Rachael Ray, saya sudah terpacak di depan kotak tv =) Merancang mahu masak itu masak ini. Wal hasil, alahai...).

Terjun ke dalam dunia si Bongsu Hanan paling mengujakan. Entah semangat apa menguasainya. Buku teka silang kata dan cari perkataan tersembunyi tidak lepas daripada tangan. Waima, dalam perjalanan ke surau sehingga memaksa saya 'merampas'nya. Satu perkataan boleh menggambarkan; OBSES. Pun terapi untuk saya agar terus OBSES dan PASSIONATE terhadap penyelidikan yang agak lama tergantung tak bertali.

*Maaf, kali ini selingkar hal keluarga.
*Saya mencemburui adik-adik menghafaz kalimah Allah. Saya mahu diri yang dulu.
*Kenapa saya selalu 'gagal' merangka ayat karangan biasa?

4 ulasan:

  1. huhu..dah abis charge la ni??..abis la cacing-cacing itu dikerjakan bonda yang dudah kembali~..hehe

    kenapa tak dapat ayat karangan biasa??..cam kelakar jer baca luahan rasa hati tu..faiz kan dah terer berbasa-basi dengan bahasa penuh puitis..

    kenapa pula nak bersahaja sedang berkemampuan luar biasa..hehe

    always doakan kawan-kawan shaq..
    dan mohon doakan kejayaan shaq..

    BalasPadam
  2. salam faez, sebenarnya mu ni ada bakat buat novel, cuba la rajing cam Shaq atau ehem cik ummu, pasti mu leh lawan kita-kita ni..
    seronok baca catatan faez terasa macam barulah 'kenal faez' dengan sebenarnya. Sebab di AZ, rasa beku dan bisu untuk masuk le dalam Faez sebab muka mu selalu nampak tegang sekarang ni:)))

    sahabatmu.
    Ummu

    BalasPadam
  3. to sharx
    cacing-cacing dah diserahkan kpd mak bapak baru =)) bukan lepas tanggungjawab. tp over bz hee...

    aish, baca byk kali tulisan kt atas, rasa cam nk tarik balik pn ada. puitis sgt la. tp since along & adik2 akan baca, let it be la...(bkn luar biasa la...segan doh)

    ahaa...tq doakan. fz pn doakan kjayaan kwn2


    to ummu
    salam cik ummu yg manis
    oo ni versi teganung deh?
    aiseymeng. dopkang dok kena fz lg? banyok fz sipang dalang tekpong. maah sgt2 la ummu, blk AZ semata2 nk jupe temang2 je especially ummu. pngubat tensyeng. muke dok tegang2 eh...banyok kedut doh lening. tua la katakang. kene minung banyok lg soy kolegeng ning!
    (aha...fahimtum au la???)

    BalasPadam
  4. cik ummu..shaq belum mampu merajinkan diri sepenuhnya lagi..masih banyak lagi tersangkut-sangkut..penyelia tak nak follow up..(cik ummu la tu)..

    faiz dah terer..terer dari shaq..dah layak dah kua novel 2-6 buah nih..walaupun gi perkampungan penulis sekali..ternyata faiz mendahului..huhu..

    vers ganu faiz..mu pekat sangat laa..mujur pahey..

    BalasPadam

Makhluk bagi komen