Konsert Opick

Malam minggu lalu menukilkan satu lagi kesempatan yang sangat berharga dalam hidup saya. Mengenali, berbual dan berkongsi kisah individu ini merupakan satu penghormatan bagi saya. Sekian lama ayat-ayat dakwahnya lewat lagu-lagu yang dialunkan menemani saya setiap kali bermalaman melakukan siri eksperimen di makmal. ALLAH mengurniakan ruang yang cukup dekat untuk memperlihatkan kepada diri ini bahawa hidayah itu milik abadiNya.

OPICK atau nama penuhnya Aunur Rofiq Lil Firdaus (indah sekali namanya) merupakan penyanyi dan penulis lirik terkenal di Indonesia malah mempunyai ramai peminat di Malaysia sendiri lantaran siri lagu ketuhanan yang dialunkan. Sementelah pula penyanyi berusia 35 tahun ini suatu tika dahulu merupakan penyanyi band rock. Kisah beliau kembali ke fitrah insan menarik lebih ramai lagi peminat.

Semasa ditemuramah oleh teman saya, Ummu Hani (wakil Majalah Asuh), beliau berkisah lagi. Bapa beliau punya pesantren (pondok pengajian agama) namun beliau anak yang nakal. Setelah lama menyanyi dan merakamkan album rock, beliau cuba bereksperimen menyanyikan lagu-lagu ketuhanan. 'Kun fa yakun'. Kedamaian dan kepuasan yang dicari akhirnya ditemui. Hidayah Ilahi terus mewarnai hidup beliau. Ujar beliau lagi, tidak puas menyanyi dan berkongsi pada malam tersebut. Malah beliau membawa kesemua CD muzik lagu-lagu beliau. Keseronokan berkongsi jelas terpancar daripada roman wajah beliau yang sentiasa dimaniskan setiap kali lensa saya merakam wajahnya (maaf, kualitinya tak seindah D80 yang saya idamkan).

Jam tika itu menghampiri 1.00 pagi. Beliau mengundurkan diri setelah menitipkan doa-doa untuk kami. Tentunya termasuk doa dipermudahkan jodoh (aha, ceria sekali cik Ummu mengaminkannya =)

LUAR BIASA...LUAR BIASA

Alhamdulillah, ALLAH mengizinkan pertemuan tersebut. Di dalam kereta, Ummu dan saya meletakkan watak Opick dan Kang Abik di sebelah-menyebelah. Maha Suci ALLAH. Kedua-duanya sangat meraikan kedatangan kami waima kepenatan jelas terpancar di mata merah mereka. Kedua-duanya sarat pengisian yang mahu dikongsi seluruh dunia tapi sangat tunduk menginsafi diri. Bak pundak padi, makin berisi makin menunduk.

Ya ALLAH, izinkan kami menyalin peribadi mereka ke dalam diri.

*Konsert amal tersebut dianjurkan oleh MUSLIM Care Malaysia antara lain untuk mengutip dana Solat Centre
(Saya tertunggu-tunggu kehadiran tabung amal. Rupa-rupanya digantikan dengan sampul putih yang diletakkan di setiap tempat duduk. Pun tidak diwar-warkan oleh si manis pengacara majlis. Saya sahajakah yang baru mengerti hal ini?)

*Turut hadir memeriahkan panggung (ujar MC daripada seberang) ialah;
-Akil Hayy (sedikit terharu melihat si isteri berusaha meredakan kontroversi melalui hijab yang dipakai),
-InTeam (penampilan istimewa Suhaimi dan Hisham),
-Kasturi (kumpulan nasyid baru-halwa telinga yang enak),
-Pak Abu (penggerak Solat Centre Jakarta - pak Ustaz menyanyi lagu berentak Jazz, wah! Satu pendekatan berbeza)
-dan sahabat Mualaf Farah Leia Az-Zahra (Are you Dutch? tanya Waheeda. Terpinga anak Dusun dibuatnya. Saya bahagia melihat sahabat ini ceria)


*Mahu 'link' gambar, tapi seperti kebiasaan-internet di hospital ini mengecewakan. Aiseyman...

2 ulasan:

  1. sayu hati ni bila baca tulisan faiz..
    xdapat join..shaq ke nilai..(tapi sempat singgah midvalley)

    best jer bunyi celoteh faiz ni
    rugi-rugi..kalau shaq gi..dah leh himpit dah faiz n ummu..(menyalahgunakan pas media..hehehe)

    cane adobe?leh buat tak??...nak nengok gambo nyer..musim lembab broadband sedang melanda pulak..shaq pun tak boleh nak berlebih-lebih dalam blog..huhu

    BalasPadam
  2. wahai tuhan jauh sudah,
    lelah kaki melangkah,
    aku hilang tanpa arah,
    rindu hati sirnaMu...

    Tekesan di hati mendengat bait lagu taubat nyanyian opick...

    BalasPadam

Makhluk bagi komen