Pelawaan kedua 'memberi' kepada penduduk asli terus saya terima tanpa fikir panjang berjela. Kali pertama menyusuri sungai Lipis menemui masyarakat peribumi ialah pada pertengahan tahun lepas (Baca di sini). Saya rindukan suasana damai alam. Sementelah sebulan kebelakangan faktor spiritual dan fizikal sangat merosot dek tekanan pengajian.
Memberi ruang kepada diri untuk merasai nikmat debur air (nikmat tea ais kata Alih, mandi tak bersabun kata si Bapak; En. Jonet) tika membelah sungai Telai cukup menyuburkan jiwa. Perjalanan kira-kira 45 minit membawa kami hampir ke Kampung Perangkap yang didiami oleh 9 buah keluarga besar (mak ayah, anak-anak & cucu-cucu). Sebahagian mereka telah mengucap kalimah syahadah, sebahagian lagi belum menerima cahaya.
Dengan diketuai oleh chef handalan; Pak Ya, para sukarelawan menyediakan juadah tengah hari-mee goreng jawa. Masyarakat di sini sangat menggemari mee dan bihun. "Bosan makan nasi" kata mereka.

Usai makan tengah hari, kami mengambil kesempatan melelapkan mata sebentar sebelum agenda seterusnya; sukaneka. Jam 2.30 petang, En. Mohd Noor menjalankan tugasnya-mengendalikan sukaneka. Keterujaan jelas terpampang di wajah mereka.
Slot antara solat Maghrib dan Isya' berjemaah diisi sebaiknya oleh Haji Isa, Timbalan Pengetua, Asrama ASDAF. Cara Haji Isa menarik perhatian kanak-kanak malah orang dewasa. Sementara menunggu Isya' kami didendangkan dengan yanyian nasyid dan lagu oleh anak-anak Asli. Malah lagu sekolah turut didendangkan.
Menu pada malam itu ialah nasi putih, gulai daging panas-panas. Aromanya sangat menggamit selera. Penduduk bertalu-talu menghulurkan bekas makanan untuk diisi.
"Berapa orang?"
"Lima"
"OK"
"Terima kasih"
Awal pagi Sabtu, 24 Oktober 2009.
to be continue.....
Gambar-gambar telah dimuat-naik. Sila klik di sini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Makhluk bagi komen