Merancang Masa Depan 1

Hari minggu saya terisi dengan pelbagai strategi kebahagiaan dan kerukunan hidup sehingga usia emas yang saya kutip daripada dua buah buku keluaran Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Buku yang dimaksudkan ialah Ke Mana Wang Anda? karya Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir dan I Love You Too!! nukilan Haji Badrul Hisham Shari. Jom baca antara yang boleh dikongsi di sini.

Ke Mana Wang Anda?

Hajah Rohani menyarankan supaya setiap individu sekurang-kurangnya memiliki satu bentuk tabungan perlindungansebagai contoh Takaful (bimakna eih tabungan untuk sebarang musibah dalam masa sama membantu satu-sama lain) dan juga pelaburan contohnya Amanah Saham (Lulus Syariah yang pastinya). Meneliti satu persatu saranan Hjh. Rohani membibitkan sedikit rasa terkilan terhadap kecuaian diri sendiri dalam mendisplinkan diri menabung dan melabur untuk masa depan. Saya telah memiliki kedua-dua akaun tersebut; Takaful Ikhlas Family dan Public China Ittikaf Fund. Namun, terlalu banyak songeh untuk menyimpan setiap bulan. Apapun terima kasih daun keladi kepada sahabat dan junior saya; Che Da dan Dik Lie. Kedua-duanya komited menjual produk Islam ini. Da'e Kontemporari, gelar Hjh. Rohani.


 

Peminjam Terhormat PTPTN

Turut ditekankan perihal melabur dan menabung sejak bergelar mahasiswa peminjam terhormat PTPTN. Ai, saya mengetahui ini setelah memikul gelaran mahasiswa tua! Ujar beliau, belum terlambat untuk memulakan langkah menabung dan melabur walaupun telah pencen sekalipun. Berbalik kepada mahasiswa, beliau mengutarakan saranan seperti berikut;

1-Membuat perlindungan-langgani produk takaful'saving paln' dengan kadar RM62.69 sahaja setiap bulan untuk tabungan selama 25 tahun bagi perlindungan RM100, 000. Jika sampai tempoh 25 tahun dan anda masih hidup, insyaAllah manfaat serahan yang anda dapat adalah RM33, 661.89. Sebaliknya, jika anda meninggal dunia sebagai pelajar, manfaat kematian mencecah RM100, 000 untuk waris tercinta.

2-Mulakan pelaburan dalam amanah saham-dengan pulangan tahunan sekitar 10% setahun. Jika RM100 sebulan selama tiga tahun, tabungan akan mencecah RM4, 184.02. Sebaik sahaja selesai pengajian, anda telah mempunyai wang sebanyak itu untuk menyara diri sementara menunggu 'anggur' dituai.

Adik-adik mahasiswa, ayuh!

Bekas Perokok Jutawan?

Jom kira berapa $ yang telah seorang perokok bakar dalam sebulan. Andaikan dia merokok paling sedikit dua kotak sehari (ye ke? Andai jela...) Beli yang paling cikai punya RM3. (Sedara punya berapa $?) Jadi (RM3 x 2) x 30 hari = RM180. Ok, tak sampai 200 pun. Andaikan, RM180 dilaburkan dengan pulangan 15 peratus setahun selama 30 tahun. (Let say you are 25th now, by that time you are already 55th)Jumlah pulangan adalah RM1,013,718.67! JUTAWAN!!! Dengan kadar itu, anda pencen tanpa rasa susah hati mana nak suap makan anak bini untuk hari-hari berikutnya.


 

Wasiat? Saya muda lagila…

"Ingat saya ni nak mati awal ke?" atau "Saya mana ada harta". Sebagai seorang yang bertanggungjawab dan selagi kita punya HUTANG, mestilah kita sediakan satu penulisan berbentuk pesanan untuk waris kita menjelaskan hutang yang tertangguh. Takkan kalian tiada hutang? Paling tidak hutang PTPTN yang akan terasa takkan habis bayar walau setelah pencen, kan? Hmm…saya akan menulis wasiat hutang saya nanti. Harap-harap duit pelaburan dan perlindungan saya boleh menyelesaikan terus hutang tersebut nanti. Tak cukup inci nak tutup muka kalau ibu saya yang sedang susah hati tu bertambah susah mencari duit menyelesaikan hutang-hutang saya.


 

Sabda Baginda SAW: "Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya)." (Riwayat At-Tabrani)

Selain itu, kewujudan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara (www.akpk.gov) membuka pintu seluas-luasnya untuk memberi khidmat kaunseling kepada kita semua. Sejak ditubuhkan pada April 2006, lebih 50 ribu individu telah mengambil manfaat daripadanya secara PERCUMA. Mereka mempunyai 40 kaunselor di 9 lokasi di seluruh negara.

Banyak lagi strategi yang mahu dikongsi oleh Hjh. Rohani. Malah dengan senang hati beliau melalui syarikat Hijrah Wealth Sdn. Bhd. mengalu-alukan setiap pertanyaan malah bersedia duduk semeja menilai hutang dan memberi jalan keluar kearah hidup tanpa menjadi mangsa hutang itu sendiri. Layari laman sesawang www.hijrahwealth.com untuk maklumat lanjut.

Buku tersebut telah berada di pasaran bermula daripada Pesta Buku Kuala Lumpur lepas. Mahukan penghantaran pos?, sahabat saya Ummu Hani boleh membantu kalian.

Itu soal perkongsian daripada buku. Sekarang saya mahu berkongsi hal berikut dengan kalian.

Tahukah kalian Amanah Saham yang heboh-heboh orang kita melabur itu tidak melepasi tuntutan Syariah? Terdapat pelaburan yang disyaki HARAM. Terlalu pedas ke? "Eh, cik penulis, jangan menjatuhkan HARAM kepada apa yang telah diputuskan HARUS oleh Majlis Fatwa Kebangsaan". Maafkan saya, kenapa HARUS ya? Bukankah lebih telus jika berkata HALAL? Kenapa HARUS? Ya HARUS kerana meneliti keperluan masyarakat hari ini (masa itu). Tak percaya? Lihat apa kata pakar (www.zaharuddin.net) Sedang banyak Amanah Saham yang telah dikenalpasti Lulus Syariah, tunggu apa lagi kawan-kawan? Jom kita berhijrah!

Renungi ayat 278-279 surah Al-Baqarah, yang antara lain bermaksud, "Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba jika kamu orang-orang yang beriman. Dan jika kamu tidak mengerjakannya maka ketahuilah bahawa ALLAH DAN RASUL-NYA AKAN MEMEMERANGIMU…" na'uzubillahiminzalik!

Selain tu, melalui takaful dan perlindungan ada saham akhirat untuk disemai. Wasiatkan saja berapa peratus daripada pulangan yang diperoleh untuk disedekahkan nanti. Ada bekal berterusan untuk kita di sana.

Saya sudah. Anda bila lagi?

Dengar-dengar cerita ada bank menawarkan Amanah Saham Islamic? Betul ke Che Da?

2 ulasan:

  1. Salam...Waduh2....Hebat betol kawan cek sorang ni....:D..
    ulasan yg sgt hebat dn bernas..Kalau tak de org terkesan jugak, memang kena ambik pengajaran kisah sblm isra' mikraj, Nabi dibersihkan hati dgn air zam zam..Hehehehe....

    Faiz, ada cita2 tak nk jd pakar financial planning? Jom join c.da..mau enggak? kuikuikui..Waaahhh...u r bery2 talented maaa...Apa? Pendakwah kontemporari gitu....;)

    Faiz, Banyak sgt syarikat berlumba2 nk wat amanh saham lah,takaful lah, itu lah ini lah... Tapi, yg penting, kita research dulu, mana yg plg menepati syariah..jgn kisah untung dulu.. Berkat dn untung akan dtg kemudian...Hehehe...

    Syabas pada Faiz...Cheeewwaaahhh...!!!

    BalasPadam
  2. Wassalam CheDa.
    Bukan pe cheda, mngingatkan diri sdiri dan kwn2. Ada gakla rasa nk paksa seme org Islam plan masa depan ni. Sedih dgr brita2 keluarga2 mderita cri $ utk ubat sana ubat sini. Kesian. harap2 payung fz besar utk teduhkn org lain

    Cheda cdgn la amanah shm mana yg ok. fiddunya hasanah wal akhirati hasanah

    Alamak lori gula tbalik ke ni...manih leting!

    BalasPadam

Makhluk bagi komen