Natrah dan Jurnal Temasik 2

Natrah, telah meninggalkan alam fana berikutan penyakit leukimia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Natrah pernah menggegarkan dunia Islam Tanah Melayu dan Singapura berikutan isu murtad. Baca sejarah luka wanita ini di dalam pelbagai sumber yang ada. Sejarah yang menyaksikan api membakar jiwa-jiwa pemuda Islam di jalanan….
Ziarah ke tanah Singa tempoh hari membuka bukan sedikit dimensi baru kepada saya. Alangkah bertuahnya para pemudi Islam Malaysia bebas menzahirkan kepatuhan terhadap agama melalui pemakaian tudung sejak di bangku sekolah rendah lagi. Kaget saya tika mengetahui bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah di sini dilarang sama sekali mengenakan sebarang penutup kepala semasa sesi persekolahan. Boleh berbuat demikian jika anda bersekolah di sekolah swasta yang sudah pasti yurannya tidak mampu dibiaya golongan biasa apatah lagi marhaen Singapura. Tiada toleransi terhadap mereka yang melanggar peraturan pakaian seragam mereka. Denda dan denda. Arh, benar kata seorang teman. Singapore is fine city.
Belum reda kaget tersebut, hakikat lain terpaksa ditelan. Pahit benar rasanya. Rata-rata pekerja Islam di bumi nan bertuah ini mengorbankan temujanji bersama Yang Maha Esa semata-mata kerana persepsi majikan yang bukan seagama. Silap hari bulan, mendirikan solat dikira curi tulang! Setiap hari meninggalkan solat, tidakkah rasanya kosong dan sepi mengapung? Sedikit menarik dimensi yng dilihat oleh teman saya, Ummu Hani. Beruntungnya diorang. Boleh puasa sunat tiap-tiap hari. Kesempatan mengenali beberapa warga Singapura yang kukuh mempertahankan Islam zahir dan batin menimbulkan rasa kagum di hati saya. Di dalam serba kekangan di sekeliling, mereka mampu tersenyum memperjuangkan prinsip mereka.
Namun kita di negara Malaysia (yang sangat pantas mengaku Negara Islam) hanya sekadarnya bersyukur atas nikmat aman yang diterima. Betapa saya sendiri tidak bersyukur. Nikmat ini mungkin tidak lama. Harus kita mengambil peluang sebanyak mungkin memahamkan masyarakat di luar sana untuk bersegera. Bersegera membangunkan masyarakat penuh jati diri Muslim dan negara kukuh berpaksi Islam luar dan dalam. Soalnya, tepuk dada tanya iman di sanubari.
*Saya masih berhutang isu dengan seorang teman not yet-muslim. Tempoh hari saya menceritakan kebimbangan saya terhadap larangan bertudung di sekolah Singapura. For me, it’s okay. It’s up to them to choose wethter to wear or not, right? It’s not compulsory isn’t? Bahagian paling sadis: dan saya hanya tergamam. Minda ligat memikirkan tafsir surah mana yang wajib dikeluarkan. Akhirnya, saya cuma sibuk berfikir dan tergamam. Alangkah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen