Jauh rupanya dekat

Sepanjang sungai hidup yang kita selusuri, kawan, rakan, sahabat dan teman silih berganti mewarnai pelangi. Siapa pun tidak akan menduga, esok hari siapa mewarnai hidup kita.

Teknologi internet banyak menghubung kembali jalinan persahabatan yang mungkin juga telah longgar simpulannya dek hambatan masa. YM, Friendster, Facebook, Blog dan pelbagai tapak maya menghubungkan yang jauh menjadi dekat. Malah yang dekat bertambah erat.

Menerima anugerah daripada teman; Hariza Akmar Hassan memercikkan warna ceria dalam hati. Terima kasih sesungguh hati. Dia antara teman akrab di SMKA Durian Guling suatu tika dulu. Alir awal remaja saya banyak dicorakkan bersama Riza di sini. Ai, cepatnya masa tu berlalu, dah 11 tahun!


KLIBF yang baru saja menutup tirai juga mempertemukan saya dengan seorang rakan sekelas; Husna di MRSM Kuala Berang; lebih dikenali sebagai Q-Ber. Hari-hari akhir di Tahun Senior 9 tahun lalu merupakan kali akhir kami bersua muka. Di dalam lamannya dia mencoretkan saya begini; "she was super mature on that time compared to us....if we had problems...she the one we'll meet..." Terima kasih atas complimentary tersebut. Begitu sekali rupanya saya di mata rakan-rakan. Cuma diri sendiri yang tidak memerhatikan.

Riza sedang mengatur langkah memasuki zaman berdua manakala Husna telah menerima undangan daripada Yang Maha Penyayang untuk musim Haji kelak (Ya ALLAH, kutunggu undanganMu). Moga hidup mereka berdua diberkahi ALLAH hendaknya.

1 ulasan:

  1. faiz..terima kasih sudi amik award ni..
    :)
    sukar nak dinyatakan betapa indahnya perjalanan selama 11 tahun tu..
    even jauh dari mata, tp ingatan tetap ada..ditanam kekal dlm memori..

    BalasPadam

Makhluk bagi komen