Dedikasi buat adik yang jauh tapi dekat; Muhammad Hafiz bin Jusoh (saat pertama menjenguk alam dunia; 28 April 1985) dengan harapan pulangnya nanti menyebar wangian hikmah. Perginya Abah berbekalkan kita; 9 zuriatnya yang soleh-solehah. Pegang itu erat-erat adikku.
Dia yang baru penuh bulu sayapnya itu
perlu terbang tinggi mengejar kedewasaan
lalu aku lepaskan dia terbang pergi, terbang tinggi
walau dengan ragu, walau dengan rawan.
biar kukuh bulu dan sayap
biar utuh cengkam dan cerap
biar tentu layang dan layap
biar tahu timur dan barat.
kerana dia anak lelaki
tepisnya bernama tanggungjawab
terjahnya bernama jihad.
kecuali doa di hari-hari pergi.
**Sajak garapan Dr. Irwan Abu Bakar, 11 Ogos 2007
Assalamu'alaikum,
BalasPadamFaizah, entri kali ini agak mengelirukan. Biasanya, bila ditulis Nama (tarikh - tarikh) bermaksud pada tarikh yang kedua adalah tarikh pemergian yang takkan kembali.
Namun, dari kata-kata yang tertulis kemudiannya "dengan harapan pulangnya nanti menyebar wangian hikmah" menggambarkan pemergian itu berbentuk sementara, yakni pergi untuk menuntut ilmu.
Saya harap telahan yang kedua itulah yang benar. Semoga bertambahlah ilmuan kita bila pulangnya nanti.
al-fatihah
BalasPadamSalam ziarah,
BalasPadamNi Angah Kuala Berang ye?
Mula2 akak tak perasan, pas tu baru teringat.
Betul kan?
p/s: Kalau salah orang sorry. :-)
Yazid & Airie,
BalasPadamBetul2 diluar jangkaan tafsiran ayat-ayat tersebut. Itu bahan kalau menulis tanpa sempat membaca semula.
Terima kasih Gman. Sudah diperbetulkan =>
Sebetulnya 2 orang adinda saya di bumi Kaherah sedang bergelut mengejar masa mengisi ilmu di dada.
Sebagaimana kata Dr. Irwan, anak lelaki itu tanggungjawabnya lebih besar. Sementelah ketua keluarga sudah kembali ke pangkuan Sang Kekasih, saya mengambil alih tanggungjawab tersebut untuk sementara. Apapun penjaga yang paling UTUH ialah Sang Kekasih sendiri.
Yazid & Gman,
"kerana kau anak lelaki
tepis bernama tanggungjawab
terjah bernama jihad"
Kak Eni,
BalasPadamYey, 10 markah! huhu...selama ni Angah jd silent reader je blog akak. Suka tgk aksi2 lasak si cilik 3 orang tu =))
3 hari cuti musti ada plan g mana2, kan? Angah lepak kt pj je...bln depan br blk Qber =((