Padang Kemunting, Pantai Pengkalan Balak, Melaka
17-19 April 2009
Kredit gambar: En Halid; pengumpul keris daripada Temasek
Pagi Sabtu lalu (yang sangat melekakan andai dapat bersenang-senang di rumah), saya menggalas hiking bag bergabung dengan Cikgu Marida (MekDa) menaiki bas ekspres ke Tanah Merah bagi tujuan menghadiri upacara tersebut. Sejam menunggu di Masjid Tanah, adik-adik PSSGM Universiti Malaya akhirnya tiba di stesen tersebut. Mereka semua akan menyertai kelompok yang lain untuk upacara perkhataman keris, manakala Mekda merupakan AJK Persiapan. Saya? Saya err...jurugambar tak formal (sendiri feeling).
Sha: Kenapa Kak Faiz tak nak join. Joinla, Sha takde partner ni.
Saya: Prinsip Sha. Selagi Kak Faiz tak turun ke gelanggang secara rutin, selagi tu Kak Faiz tak nak ambil apa-apa. Termasuklah kenaikan bengkong dan khatam keris ni.
Sayang, kan! Itu cabaran untuk saya supaya commit dengan latihan silat akan datang. Berjaya atau tidak? Itu masa depan dan displin yang akan tentukan, urgh!
Upacara khatam keris merupakan ujian terakhir sebagai tamat latihan keris. Setelah sekian lama pesilat berlatih menggunakan keris kayu yang dibuat sendiri, ini merupakan saatnya untuk 'berpisah' dengannya dan digantikan dengan keris sebenar. Namun, ia bukan bererti pesilat tidak perlu berlatih lagi =))
Tajol: Ni first time saya kena sembelih ayam sendiri. Dulu tolong-tolong pegang jer.
Nadia: Kak Faiz tolong tengok tau. Betul ke tak saya sembelih ayam nanti.
Dila: Biar betul nak kena makan seekor ayam sorang! Saya nak yang paling kecikla.
Lee Robot: (stand-by mode)
"Jangan lupa Cu pesan Tok. Sembelih sampai putus urut merih naa"
Part ayam yang paling diingati para pesilat, lazimnya. Seekor ayam kampung hitam (kenapa hitam? Cikgu Silat memang suka warna hitam. Ayam kampung? Ayam kampung kurus keking pun susah nak habiskan, pe lagi ayam daging yang dah cocok dengan segala macam hormon) akan disembelih sendiri oleh pesilat, dibasuh dan dipanggang kosong. Ia akan menjadi hidangan utama semasa jamuan meraikan khatamnya mereka keesokkan harinya.
Lazimnya, pesilat akan dikerah melakukan latih tubi terlebih dahulu 20 buah keris. Buka kuda-kuda keris (serendah mungkin) sudah memeritkan apatah lagi latih tubinya. Setelah Guru berpuas hati barulah upacara dilakukan. (Teringat Mekda, Kak Zah dan PokDi jalan cover kengkang dan muka cemberut semacam je tahan sakit). Namun dek kerana kekangan waktu, para peserta kali ini tidak dapat menikmati derita tersebut.
Lazimnya, pesilat akan dikerah melakukan latih tubi terlebih dahulu 20 buah keris. Buka kuda-kuda keris (serendah mungkin) sudah memeritkan apatah lagi latih tubinya. Setelah Guru berpuas hati barulah upacara dilakukan. (Teringat Mekda, Kak Zah dan PokDi jalan cover kengkang dan muka cemberut semacam je tahan sakit). Namun dek kerana kekangan waktu, para peserta kali ini tidak dapat menikmati derita tersebut.
Pagi Ahad menjelma. Para pesilat bersiap-sedia untuk turun ke laut. Seramai 109 orang pesilat telah mengambil bahagian dalam upacara ini. Mereka semua terdiri daripada pesilat-pesilat Gayong daripada Melaka (Tuan Rumah), Selangor, Kuala Lumpur, Pahang (Kuantan), dan Temasik (Singapura). Antara yang mencuri tumpuan ialah dua orang adik-beradik kecil yang turut sama akan menjalani perkhataman tersebut (tumpang mak ayah ni).
Setelah membuka gelanggang, taklimat diadakan sekali lagi dengan lebih mendalam. Semua upacara yang akan dilakukan diterangkan maksud dan simboliknya.
Setiap pesilat diberikan sehelai daun kelapa dan sejengkal lilin sambil
mendengar penerangan daripada Cikgu Rizal Husin sebelum ditepung tawar
Setelah membuka gelanggang, taklimat diadakan sekali lagi dengan lebih mendalam. Semua upacara yang akan dilakukan diterangkan maksud dan simboliknya.
Setiap pesilat diberikan sehelai daun kelapa dan sejengkal lilin sambil
mendengar penerangan daripada Cikgu Rizal Husin sebelum ditepung tawar
Majlis perasmian. Pesilat menahan kerut, bara pasir pantai mula terasa
Buah 21 dipertontonkan. Hadam, jangan tak hadam
(Saya bernasib baik sempat merakam video buah-buah tersebut)
Jika ada award yang boleh diberi, pasti saya calonkan adik Gayong MMU-Melaka ni. Ayam paling besar! Sabar betul Nik menghabiskan rezekinya =>Makan time! 7 jenis kuih, pisang, bubur dan yang paling penting AYAM-perlu dihabiskan semuanya. Kalau tak, membazir namanya.
Terik mentari rembang hampir-hampir menjadi malam pada pandangan saya. Bintang-bintang banyak muncul. Saya demam melarat sehingga hari Selasa. Apapun, saya berpuas hati dapat mengetik di majlis tersebut. CD gambar-gambar tersebut sudah dipos ke PSSGM Melaka bagi tujuan dokumentasi. Oh, saya AJK Ketik-ketik rupa-rupanya!
Siri Silhoutte pertama saya (walaupun tak seberapa)
oh i miss those days. sure aaku tak reti ape dah skrg ni. huhuh
BalasPadamederq, fz pn dh xbrapa hingat la....
BalasPadamtok mail xbrapa sihat skang..hr tu kna stoke...kata mekda, susah nk bcakap. fz pn xdpt jnguk lg dia