Di bawah langit GAZA

Rumah PENA malam 1 Februari lalu berbumbungkan langit GAZA. Acara baca puisi "Di Bawah Langit Gaza" hasil kerjasama pelbagai pihak antaranya Tuan Rumah PENA, TV9, Yayasan Salam, mengumpulkan ramai hadirin yang sama-sama berkongsi rasa derita warga Gaza.

Sungguhpun agak lewat tiba, saya dan teman-teman serumah; Ummu dan Kak Wani segera menempatkan diri serapat yang mungkin dengan pentas. YB Dato' Ali Rustam sebagai VVIP turut sama membaca puisi.

Sedikit sedutan puisi yang dibaca oleh KOPRATASA;
Aku tak mahu protes
Aku mahu belerang
Aku tak mahu tangis
Aku hanya mahu senapang
Aku tak mahu kata seruan
Aku hanya mahu pedang yg tertulis nama para syuhada
Kerana setiap benih Yahudi akan ku pancung!






Luahan seorang mahasiswa Universiti Malaya lewat puisi 'seseorang';
Di tanah orang kau berlagak bagaikan tuan
Jangan kau ingat kau Tuhan
Pada yang lemah ya, kau berkuasa
Tapi kau bukan Yang Maha Kuasa
Kami berlindung pada Yang Maha Esa






Bicara Aida, Si Gadis Melayu;
Melawan kita melawan
Kalah menang azali Tuhan


Deritamu Deritaku oleh Ustazah Siti Bahyah (Dato');
Air mata sengsara mereka adalah air mata sengsara kita
Luka mereka adalah luka kita bersama
Jihad perjuangan mereka adalah jua perjuangan kita


 - Fotopages.com

U-Wei;
Tanah mereka, kedaulatan mereka, maruah mereka
Diterbalikkan, diinjak-injak di bumi hangus
Dipersetankan semata-mata kerana angkuh
Sombong, biadap, kurang ajar
babi Israel! Setan kau!

Deretan nama lagi turut berpuisi pada malam tersebut. Turut menarik perhatian ialah puisi saudara Khalid yang menempelak suatu pihak yang telah men'Gaza'kan kita (pinjam kata-kata beliau sendiri) lewat pelaksanaan PPSMI. Malam tersebut di akhiri dengan lagu puisi dendangan Ramli Sarip yang sangat menyentuh jiwa.

Moga malam tersebut paling tidak membuka mata anak-anak muda khususnya (daripada pelbagai IPT dan Rakan Muda yang hadir) untuk memperkasa keimanan dan harga diri Muslim sejati.

Malam tersebut turut dirakam lewat lensa Minaq Jinggo.
















Kimi TV9 yang ceria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen