Bisul Bernanah Terubat Akhirnya

Terima kasih kepada ALLAH yang memberi peluang dan ruang untuk saya memperjelaskan keadaan sebenar yang terjadi pada kejuaraan silat anjuran Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Universiti Malaya pada tahun 2003 (SILAT '03) dan 2007 (Pendekar Seabad IV).

Benar agaknya, ia ibarat melepas saka (kata-kata Cikgu Rasol). Beban yang saya tanggung selama ini terlepas daripada kerangka jiwa. Cukuplah 6 tahun PSSGMUM mendiamkan perkara ini. Cukuplah tohmahan yang kami terima. Tanpa niat mengaibkan sesiapa, cuma mahu membetulkan tanggapan semua. Biar tahi yang terpalit pada kami dibasuh suci.

Bisul itu bernanah setiap kali peristiwa ini diungkit-ungkit di setiap kejuaraan yang saya ikuti. Tidak sanggup menahannya, saya dengan nekad membuka pekung tersebut. Pengakuan tersebut membuatkan para Cikgu terpaku barangkali. Biarlah cerita saya membasuh segala umpat-nista dan pandangan hina para pesilat terhadap PSSGMUM.

Alangkah kalau saya (sedang memandu ketika itu) boleh melihat mata Cikgu Rizal (Cikgu kesayangan PSSGMUM) bersinar terharu ketika saya menceritakan perihal ini semasa perjalanan pulang daripada Makan Besar! Kegembiraan melepaskan saka tersebut, saya menawarkan diri untuk membelanja adik2 saya ini di Medan Selera Samuri. makan Besar!!!
ALHAMDULILLAH. Moga selepas ini, yang keruh dibuang yang suci jernih diceduk.

*Gambar kredit to Pangeran Cinta

5 ulasan:

  1. hurm...PSSGMUM tetap di HATI..;)

    -Fizanur-

    BalasPadam
  2. buang bisul, seramnya takut lah. kat kaki lagi. erm

    BalasPadam
  3. Yazid, xsanggup la ada bisul. Sadis sakitnya.

    Fizanur, melepas makan besar ngan kitorg kt samuri kajang!

    BalasPadam
  4. tula pasal...dh lame xmkn sate kajang...tp kalu g pon xleh mknla.. br pas wt minor operation buang gg geraham...hukhukhuk....

    -Fizanur-

    BalasPadam

Makhluk bagi komen