Suara bakal Huffaz dibalik ASDAF


Mahu menyalin saja (dengan izin) tulisan teman serumah, Mas;

Jumaat malam yang lepas, aku diajak Sang Ummu ke Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bangsar. Kami bertolak dari AZ berempat bersama Faeza dan Nurul,sepupuku. Ustaz Zul mempelawa Ummu selaku wakil majalah Anis untuk bersama-sama hadir ke program bulanan ceramah motivasi interaktif yang akan disampaikan oleh ustaz Zul sendiri. Ceramah kali ini berkisah tentang Azam tahun baru dan Pengorbanan ibu dan ayah serta penjaga adik-adik ASDAF.

Kami disambut mesra oleh pengasuh-pengasuh ASDAF yang memang tidak pernah menolak sebarang lawatan dan bantuan dari individu atau organisasi di luar demi kelangsungan asihan dan kebaikan adik-adik di sana. Ummu bercadang memberikan novel-novel tulisannya dan ayahnya Hj Abu Hassan Morad, sementara Nurul sempat membeli gula-gula, biskut dan coklat sebagai tanda kenang-kenangan kami kepada adik-adik ASDAf di sana.

Program ceramah kali ini amat berbeza rentak dan caranya. Walaupun matlamatnya sama untuk memberi ilmu dan kesedaran kepada adik-adik peserta, namun kepakaran Ustaz Zul mempelbagaikan cara penyampaian menyebabkan peserta termasuk kami yang bersama-sama duduk di majlis itu terpesona dan terkesan dengan isi ynag hendak dismapaikan. Ucapan ringkas diselangi dengan slide show bersama grafik yang ceria dan pelbagai, memfokuskan mata dan hati peserta pada topik yang dibincangkan. Pemilihan topik yang terkini dan sesuai dengan tahap peserta dan releven untuk dibincangkan menjadi salah satu penyebab peserta untuk turut serta dalam setiap perbincangan yang diutarakan.

Kemahiran ustaz Zul mencampurkan aplikasi video, nasyid dan bunyi menyebabkan peserta gembira dan tidak bosan mengikuti ceramah hingga habis sesi. Di akhirnya, ustaz memberi sekeping kertas surat wasiat untuk adik-adik peserta isi dan kembalikan kepada ustaz sebagai rujukan tentang azam dan usaha yang akan dilakukan sempena tahun baru ini.

Selepas itu, kami bersama-sama bersalaman dengan adik peserta dan sesi penyerahan buku dan sedikit makanan ringanpon berlangsung. Terpancar keceriaan diraut wajah adik-adik mendapat buku dan makanan, cenderahati untuk malam itu. Selepas itu, kami bersama-sama menunaikan solat Isyak berjemaah di Surau ASDAF dan bersedia untuk pulang.

Namun, kepatuhan dan kesetiaan segelintir adik-adik yang menunggu di tangga surau untuk berbual dan berkongsi pandangan dengan kami menyebabkan kami melajakkan masa bersama sehingga hampir ke pukul 12 tengah malam. Mereka betul-betul menghargai kedatangan kami yang tidak seberapa ini. kami sempat merakam bacaan Surah Sajadah adik Syukur peserta Mari Mengaji bersama Ustaz Zamri dan belajar berbahasa orang asli dengan adik-adik di sana.

Banyak pengalaman dan ukhuwah yang kami dapat semalam di sana dan jutaan terima kasih pada Ustaz Zul kerana sudi menjemput kami ke sana. Kami bercadang untuk kembali lagi ke sana, sekadar menjenguk adik adik di sana bertanya khabar berita dan berkongsi cerita, InsyaAllah.


*Teringin mahu berkongsi bacaan Sajdah adik Shakur. Tapi bagaimana ya?
*Gambar2 yg diambil masih diam di pejabat Galeri Ilmu

2 ulasan:

  1. ASDAF punya bangunan chantek dalam photo ini

    BalasPadam
  2. Sebetulnya sangat indah drpd segi estetika...rumah agam lama di puncak bukit. Di dahului dengan istana hinggap Perak & Pahang (if not mistaken) barulah sampai ke hujung jalan; istana ASDAF.

    Foto tu akak ambil drpd blog mereka. Camera sdri xcukup bagus utk aktiviti malam, sayang btul!

    BalasPadam

Makhluk bagi komen