Piala Taming Sari

Alhamdulillah, selesai tugasan di Kejohanan Piala Taming Sari ni. Majlis penutup berlangsung di dewan yang sama pada malam hari Selasa yang lalu.

Berikut antara lain cikgu2 wasit juri yg turun btugas; C. Faid as Tecnical Deligate, C.Radhi, C. Rasul & SN Kamal sbg. Ketua Pertandingan, C. Hajazi, C.Yus (ooo...abg. angkat C. Faizal admin blog ini rupanya), C. Zakri aka Zek, C. Nasaruddin as Dewan Wasit Juri. Ada lg C. Zawawi, C. Habizan, Badang (tak ingat lama nama sebenar si Badang ni), wife C. Yus, Nadia , Zurina aka Aju, saya sendiri dan beberapa orang 1st timer; Shaharifullah aka Sepet, Fizah anak Cikgu Mokhtar, Syed Firdaus dan Maszlina aka Lin.

Keputusannya UKM B menjadi juara keseluruhan. Pesilat Terbaik dianugerahkan kepada Sdr. Rahim drpd UKM dan Pesilat Harapan dianugerahkan kepada Sdri. Jamilah (alamak, saya dah lupa namanya la...) drpd. UPNM. Kegembiraan saya terhadap satu isu bisul bernanah yang dah terubat menyebabkan saya lupa ingatan untuk mencatat pungutan2 pingat pada malam tersebut.

Terdapat sedikit pembaharuan yang sangat dialu-alukan semasa pemilihan Pesilat Terbaik dan Pesilat Harapan kali ini. Jika sebelum ini dalam setiap kejuaraan, TD/KP mempunyai hak penuh untuk memilih penerima anugerah tersebut. Tetapi kali ini, ia dipilih melalui mesyuarat Wasit Juri; setiap Cikgu berhak mengajukan nama-nama pesilat yang memenuhi kriteria tersebut setelah menilai persembahan daripada pesilat sepanjang kejuaraan berlangsung.

Khabar kuat mengatakan bahawa beberapa Universiti sedang berusaha untuk mengadakan kejuaraan dalam masa terdekat. Tunggu saja kesahihannya nanti.

*Tak sabar nak ber'aksi' semula. Syai, cepatla balik. Boleh wat trio nanti. Utk. Dila & anak2 buah, jadikan PS5 realiti. Team Alumni nak turun gelanggang ni huhu.. =))

2 ulasan:

  1. Salam faiza...bagus2...pengalaman menjadi wasit juri tak dapat dibeli dimana2..blaja kat u pun tak sama pengalaman pakai baju putih tu..saya pun dah lama tak bertugas terutama dengan otai2 tu..semua kawan lama. Badang tu budak ATM..tak silap nama dia Azhar Ahmad..sama nama ngan coach dia/bekas wakil negara.Terkejut juga sepet dah jadi wasit.bagus2..sampaikan salam saya pada sepet.dia kenal sangat dengan dia..hehe..

    Faizal

    BalasPadam
  2. C.Faizal, tiap2 game lain2 pngalaman yg dapat. xkan sama punya. saya bkursus sama dgn badang dulu d kg. pandan. if not mistaken, itu amali 1 sepet. insyaALLAH kalo jmpa dia next tournamnt sy sampaikn slm yer =)

    BalasPadam

Makhluk bagi komen