Bismillahirrahmanirrahim
Hari baik dibuang-buang, hari buruk dikejar-kejar (klik perkataan untuk memahami)
Itulah saya.
Sekarang.
Terkejar-kejar.
Tercicir-cicir.
Luka tangan terkena pisau,
Darahnya banyak tidak terkira;
Bila terkenang hati risau,
Tidur malam tak pernah jendera.
Dari Endut pergi Mersing,
Singgah berhenti Pulau Sialu;
Hati risau bertambah runsing,
Kepada siapa hendak mengadu?
Burung serindit hijau dada,
Kuberi makan jambu madu;
Pening kepala mahu pecah dada,
Hanya ALLAH tempat mengadu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Makhluk bagi komen