Alang-alang berdakwat, biarlah hitam.


Ketika mengemaskini laman ini, baru saya menyedari bahawa post ini terperam di dalam draft sejak 1 Jun lagi. Barangkali lupa untuk menyiarkannya. Malah sebahagian besarnya terpadam ketika mengedit format.

Alang kepalang...ya, tulisan ini hanya sekadar ada tetapi tidak mencukupi.

Seperti darah yang terus mengalir dalam setiap salurnya, seperti degup jantung rentaknya berima, seperti tarik hembus nafas seharian. Moga seperti itu juga ingatan, harapan dan tindakan kita terhadap Palestin.


Mati-mati berdakwat biar hitam. Mati-mati berminyak biar licin. Mati-mati mandi biar basah. Begitu kata peribahasa Melayu.

 
Berapa jam seharian telah lebur untuk dunia semata-mata, berbanding menjadi saham akhirat?

Ya Allah, aku insan lemah. Mengharap bantuanMu Ya Allah. Lorongkanlah jalanMu kepada saudara-saudaraku di Palestin. Kau kurniakanlah ya Allah keteguhan hati kepada para sukarelawan ini. Sampaikanlah bantuan-bantuan kami ya Allah.. dengan selamat ke Palestin ya Allah. Tiada daya, tiada upaya melainkan Mu ya Allah. Sebaik-baik perancangan kami, seburuk-buruk perancangan mereka, perancangan Engkau mengatasi segala suatu apapun. Kami mohon dengan sangat ya Allah. Kami mohon dengan sangat...

Saya tinggalkan link berkaitan dengan harapan moga-moga doa kita tidak putus untuk mereka di sana.

Klik www.satuumat.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen