Kunci Hati: Lipat baju lipatnya kain, Bawa belayar tanah Melaka...

Berpantun dulu ya kawan,


Lipat baju lipatnya kain,
Bawa belayar tanah Melaka,
Hati tiada pada yang lain,
Hati ingat Tuhan semata.

Oh, ini versi asalnya,

Lipat baju lipatnya kain,
Bawa belayar tanah seberang,
Hati tiada pada yang lain,
Hati ingat tuan seorang.

Elok benar bahasa kita hasil sulaman agama wahyu; Islam. Klik di sini untuk lebih menikmati bahasa Melayu.

Kata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah, bahawa setiap sesuatu itu ada kunci untuk membukanya.

Kata beliau lagi,
“Allah menjadikan
  • kunci pembuka solat adalah bersuci,
  • kunci pembuka haji adalah ihram,
  • kunci kebajikan adalah kejujuran,
  • kunci syurga adalah tauhid,
  • kunci ilmu adalah bertanya dan mendengarkan,
  • kunci kemenangan adalah kesabaran,
  • kunci ditambahnya nikmat adalah syukur,
  • kunci kewalian adalah mahabbah dan zikir,
  • kunci keberuntungan adalah takwa,
  • kunci taufik adalah harap dan cemas kepada Allah ‘Azza wa Jalla.
  • kunci dikabulkan hasrat adalah doa,
  • kunci keinginan terhadap akhirat adalah zuhud di dunia,
  • kunci keimanan adalah tafakkur pada hal yang diperintahkan Allah, keselamatan bagi-Nya, serta keikhlasan terhadap-Nya di dalam kecintaan, kebencian, melakukan ( ketaatan), dan meninggalkan ( larangan ),
  • kunci hidupnya hati adalah tadabbur al-Qur’an, beribadah di waktu sahur, dan meninggalkan dosa-dosa,
  • kunci didapatkannya rahmat adalah ihsan di dalam peribadatan terhadap al Khaliq dan berupaya memberi manfaat kepada para hamba-Nya.
  • Kunci rezeki adalah usaha bersama istighfar dan takwa,
  • kunci kemuliaan adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya,
  • kunci persiapan untuk akhirat adalah pendeknya angan-angan,
  • kunci semua kebaikan adalah keinginan terhadap Allah dan kampung akhirat,
  • kunci semua kejelekan adalah cinta dunia dan panjangnya angan-angan."
Tulisan UmmuHusna sedikit sebanyak memberi erti kepada kunci mencari berkat dalam hidup seharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen