Jangan Curang

Siang nanti pilihanraya Hulu Selangor. Kredit gambar: http://www.antara-sumbar.com/

Sudah dua malam berturut-turut sebelum kembali mengadap *Encik A Miss A, saya menonton tayangan larut malam. Kedua-duanya berkisar tentang suami yang curang. Panas badan dibuatnya. Lebih menaikkan darah saya, kedua-duanya membunuh demi menutup kecurangan mereka! Diceritakan roh-roh mangsa merasuk kedua-dua isteri demi membocorkan rahsia suami mereka. Paling membengkakkan hati, si suami tidak teragak-agak cuba membunuh si isteri kerana tembelang mereka pecah. Spoilled my mood!
**Cikgu Along yang turut menonton tak sudah-sudah mengeluh,

"Takutnya kalau dapat suami macam ni."
How freak this world nowadays?! Cerita-cerita curang dah macam aji no moto dalam tom yam mapler. Kalau takde tak sah. Tambah parah, ada yang curang semata-mata untuk membalas kecurangan pasangan mereka.
"Kalau U boleh buat, I pun boleh"
Apa dah jadi ni? Kisah-kisah semacam ini yang membuatkan golongan yang masih single & available macam kami ni susah hati. Fine, kamu gelakkan saya. Tapi ini keluh-kesah kami. Individu yang termasuk dalam golongan kami sahaja yang faham, barangkali.


Video omputih ini berjaya membaikpulih mood saya. Aish, beruntung anak-anak dapat bapa mithali macam ni (ok, ayat tadi untuk cover line - sejuk hati kalau pasangan macam ni, kan?) K.Bah, K.Hairin, K.Mas, K.Tipah, UmmuMishkah dan K.Yana- saya pasti, mereka lebih unggul daripada omputih ini, kan?


NOTA 1: *Awalnya, mahu menamakan dia sebagai Encik A. Entah macam mana, terasa paranoid. Encik A di depan saya, memerhatikan saya dengan crystal eye, satu-satunya mata yang dia ada! Oh, baik. Nama dia Miss A.


NOTA 2: Sekarang semua sudah tahu kenapa saya suka mengelak. Paranoid!

NOTA 3: **Tanya cikgu Along kepada saya,

"Apa maknanya kalau kita buat Istikharah, tapi asyik terbangun 3.30 pagi. Dah 3 malam macam ni"
"Maknanya kena buat lagi" =)

4 ulasan:

  1. cinta tak semestinya bersatu, mungkin 2, 3 atau 4 , kehh

    salamm faiz faiza,

    BalasPadam
  2. tun,
    lain mcm 2, 3, 4 tuh...ada hasrat ke?

    salam tun...moga berbahagia dgn yg ada hoho...

    BalasPadam
  3. mungkin juger tidak, kehh
    =============
    INI IKLAN
    ada 2 ekor tikus, berlari-lari atas meja makan, tetiba dua-dua tjatuh dalam mangkuk penuh sup, 1 mati kelemasan, 1 lagi berusaha sedaya upaya berenang-renang ke tepian mangkuk dan akhirnya selamat, maksudnya tidakkah ko bersyukur dapat komen blog haku arini? kahhh
    ————————————
    DI ATAS ADALAH IKLAN SEMATA2 jugerr ;-P

    BalasPadam
  4. hoho...ada panas2 di situ. kalo terasa hati maaf le...niatnya bgurau smata2. xpsl2 mood rosak ya tun? maaf sgt2 ya.

    dh jln2 kt jom2lelong. menarik. tq bgtau

    BalasPadam

Makhluk bagi komen