Adinda...ini pesan Kakanda


Menuju ke Temasik

Bismillahirrahmanirrahim...

Adinda
Hidup ini jalan sehala, tapi banyak cabangnya
Mahu ke kiri atau ke kanan, suluh mana kebenaran
Hidup mengekor orang, banyak terbenam dalam lubang
Hidup kerana orang, bila ditinggal,
Layang-layang tanpa haluan
Hampa mengambang

Adinda
Hidup sekali ini cuma
Tiada undur baliknya
Timbang tara amal baik jahat kita
Mana bekal mahu pulang ke sana

Adinda
Ini pesan Kakanda
Kakanda juga pelupa
Kita sama-sama ambil iktibarnya
Ingat Adinda, kita hidup kerana DIA.



Sesungguhnya solatku, ibadahku, Hidupku dan matiku kerana Allah
Tuhan seluruh semesta alam. 


*Tinggi rendah ilmu seseorang bukan dinilai pada usia. Manfaatkan ilmu berguna biar daripada siapa pun dia. 
**Alhamdulillah, banyak dapat ditimba.

1 ulasan:

  1. Kakanda itu saya
    Saya bukan Adinda
    =)

    salam hari jumaat

    BalasPadam

Makhluk bagi komen