Assalamualaikum teman-teman.
Alhamdulillah...hasrat mahu mendaki memanjat Bukit Broga telah termakbul.
Alhamdulillah...hasrat mahu mendaki memanjat Bukit Broga telah termakbul.
Walaupun hasrat mahu melihat matahari terbit belum tercapai, namun menghirup udara segar, lari daripada hutan batu dan menguji stamina diri sudah membahagiakan. Itupun dengan harapan boleh repeat di masa hadapan.
Seawal 4.30 pagi saya, Mas, K.Farah, K.Alfaeza dan Latifah bertolak ke tempat berkumpul (Tol Kajang), hujan lebat menyapa perjalanan kami. Sudah tersurat, Sabtu lepas hujan membasahi bumi sehingga awal tengahari. Menunggu kawan-kawan lain sampai (hampir 7, 8 kereta tu).
Alang-alang menyeluk pekasam. Alang-alang sudah lambat (menunggu ahli yang sesat). Alang-alang dari jauh datang (PJ ke Semenyih). Alang-alang sudah di kaki bukit, Alang-alang basah kuyup dan segala macam alang lagilah.
Sebaik sahaja hujan reda
Oho...puas hati. Seperti dijangka sepanjang pendakian ke puncak pertama selama lebih 30 minit itu, muka sudah bertemu lutut. Lidah sekali. Yang penting, saya tidak mengalami kekejangan atau terlelap semasa mendaki. Bab terlelap ni cerita lama, cerita semasa mendaki Gunung Ledang. Dek kerana perisitiwa ini, saya menjadi 'bahan' sehingga hari ini oleh teman-teman seGayong.
Hujan menyapa lagi.
Oleh kerana hujan sepanjang pendakian, masing-masing menyembunyikan kamera. Daripada DSLR Kak Farah dan Saleha, Prosume saya dan beberapa Point n Shoot-semuanya tak guna. Mujur juga ada kawan yang mempunyai P n S kalis air!
Subhanallah...
Cuma pada jam 10 pagi barulah hujan reda. Sebentar cuma. Jadikla kan....
Oh, pakai kamera handphone pun cantik!
Ketik sana ketik sini. Balik AZ baru perasan.
"Aiya...banyak pula wap nya. Siap ada titis hujan lagi"
Di puncak. 400m sahaja. 1.7km pendakian
Confirmed. Kena repeat!
Tips daripada Acai
-
Bawa minimum equipment. JANGAN LUPA BAWA AIR!!
Pergi awal sebab mesti ramai sangat manusia akan panjat juga nanti.
Pukul 8 dah panas sangat..takde pokok2 atas tu nak berlindung..kalau ada topi atau payung memang membantu
Kalau pagi2 jangan lupa bawa lampu suluh.
Jangan lupa doa. Dalam Islam digalakkan berdoa ketika berada di tempat tinggi. Juga bertakbir dan bertasbih. Daripada Jabir katanya : Apabila kami mendaki bukit kami bertakbir ( Allahuakbar – Allah maha besar) dan apabila kami menuruninya kami bertasbih ( Subhanallah – Maha suci Allah). dari Al-Bukhari serta Fathul Bari 6/135 (Rujukan oleh Piiown )
Ini pula tips mengambil gambar2 cun (pun daripada Acai)
-
Untuk dapatkan 'effect star' matahari, gunakan aperture kecik, iso paling rendah. contoh: exif ISO100, f25, Aperture Priority. -
Kalau dah cerah langit gunakan je iso yang paling rendah boleh dapat. max iso 400 dan jangan lebih. -
Kalau nak dapat langit biru yang senang cuba guna aperture priority je kat atas tu guna aperture f5.6 - f8. Jadi shutter akan auto cari exposure terbaik. -
Kalau dah panas dan ada cahaya tu bolehlah guna aperture f11 or f16 untuk buat silhouette..:)
Sekarang Faiz Faiza pun nak berkongsi tips ;-)
-
Usahakan solat Subuh berjemaah di Masjid Semenyih. Dah tak jauh dah. -
Makan sedikit sebelum mendaki. Bekal tenaga. Juga makanan untuk sarapan pagi di atas. Itu pun kalau mahu berlama-lamaan. Paling praktikal, roti; ringan. -
Jika tidak sempat melihat matahari terbit sekalipun, dakilah sampai atas. Sampai ke semua puncak.Walaupun lidah dah cecah lutut. Pemandangan dia...SUBHANALLAH. -
Ketika hujan, trek sangat licin. Tangga-tangga tanah dah macam air terjun jadinya. HATI-HATI. Terutama semasa turun.Melainkan ada yang mahu merasai pengalaman meluncur.Ada banyak tempat yang lebih senang dan selamat untuk dituruni melalui lalang-lalang saja. -
Pakai kasut yang sesuai. Apatah lagi ketika hujan. Jangan berangan mahu memakai Crocs yang mahal bagai tu.Sangat membantu untuk jatuh. -
Berbaloi bawa payung atau baju hujan nipis. Oh, boleh tengok lelaki2 'maintain macho even' pakai payung. -
APA YANG DIBAWA NAIK, ITU JUGA YANG DIBAWA TURUN. TERMASUK SAMPAH! Jangan jadi sengal. Kat atas takde pekerja DBKL!
Moga-moga tips ni berguna untuk pendaki lain pula =)
Selamat mendaki!
*Sehari sebelum naik baru saya bersenam. Tolak motor yang habis minyak sejauh 500 meter dalam keadaan hujan (Cool tak bersenam macam ni? ). Tapi tetap 'pancit' sebelum sampai puncak Broga. Haishh...kena tolak 5km lepas ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Makhluk bagi komen