Assalamualaikum teman-teman
Oh, maafkan saya. Tajuk yang seolah keluhan. Ini bukan satu keluhan.
Pejam celik sudah masuk bulan ke-4 saya cuba-cuba menyampaikan sedikit ilmu yang ada kepada 4 orang individu (lebih tepat seorang kanak-kanak sedikit istimewa, dua orang kanak-kanak bijak dan seorang awal remaja). Kesemuanya perempuan. Apa yang menariknya selain daripada memastikan apa yang cuba saya sampaikan dipraktikkan oleh diri sendiri terlebih dahulu ialah memerah idea menyampaikan kisah-kisah para rasul, kisah teladan, nasihat-nasihat dan pelbagai lagi dalam cara yang menyeronokkan. Belum termasuk lagi mengajar guide mereka mengaji Al-Quran. MENYERONOKKAN.
Pelajaran Agama Menyeronokkan
Sesi awal pembelajaran dahulu, mereka terang-terangan memberitahu saya bahawa Pendidikan Islam adalah mata pelajaran membosankan! Astaghfirullahala'zim, semput nafas saya mendengarnya! Kenyataan mereka memaksa saya menimbang-nimbang pelbagai persoalan,
"Am I making right decision?
Mengajar tuisyen Pendidikan Islam...Aku bukannya Ustazah. Malah bukan pemegang Ijazah bidang agama sekalipun. Science student pulak tu. Itulah, sepatutnya bertegas untuk ambil kelas Bahasa Melayu saja. Kan dah susah!"
Mengajar tuisyen Pendidikan Islam...Aku bukannya Ustazah. Malah bukan pemegang Ijazah bidang agama sekalipun. Science student pulak tu. Itulah, sepatutnya bertegas untuk ambil kelas Bahasa Melayu saja. Kan dah susah!"
Kelas masih saya teruskan dalam keadaan hati berbolak-balik. Sehinggalah satu ketika...
"Mudah-mudahan apa yang Angah ajar tu menjadi saham untuk Abah di sana." lebih kurang macam tu lah ucapan keramat Ibu.
Saham Akhirat
Guru mengaji saya sedari awal ialah Arwah Abah saya; Ustaz Jusoh bin Yahya. Itulah juga Ustaz saya yang pertama. Saya terkesima melihat perjalanan hidup yang Allah aturkan. Cantik sekali. Dia aturkan supaya ilmu itu tetap mengalir kepada yang memerlukan dan menjadi saham kekal untuk Abah di sana. Mudah-mudahan ia juga bekal untuk saya kembali ke sana. Alhamdulillah.
Malah melihat graf iman yang naik turun, percaturan Allah membimbing saya dekat dengan-Nya. Manakan tidak. Satu telunjuk ke arah mereka, empat ke arah saya. Menasihati kanak-kanak ini untuk menyempurnakan solat bermakna memeriksa kualiti solat diri sendiri. Membetulkan bacaan Al-Quran mereka bermakna memeriksa cara bacaan sendiri. Menceritakan perihal pekerti mulia para Rasul bermakna memeriksa pekerti diri sendiri, apakah mulia atau sebaliknya.
Nikmat yang Lazat
Saya bahagia dengan cara tersendiri. Menikmati 'kelazatan' nikmat.
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan? (Ar-Rahman)
Kreatif
Teknik penceritaan merupakan antara teknik yang paling mudah untuk memukau fikiran seseorang. Apatah lagi apabila melibatkan kanak-kanak.
Seboleh mungkin, saya cuba menggunakan kecenderungan mereka yang berlainan sebagai kekuatan cerita.
Si cilik N sangat sukakan pemainan, saya ajak dia bermain.
Si cilik D meminati sains, saya selitkan fakta-fakta sains.
Si cilik F sukakan argumentasi, saya tarik perhatian dia untuk berbahas.
Si manis A cenderung untuk diam, oh takkan saya pun diam? Saya ajukan pelbagai soalan supaya dia menyampaikan buah fikiran.
Ada satu yang menyatukan mereka. Mereka sukakan cerita sejarah! Fuh...I like it too!
Menggunakan globe, saya bawa mereka meyelusuri sejarah dunia. Saya pun teruja! Peta dunia 3D percuma
*Sebenarnya saya mahu bercerita tentang peta dunia. Rupa-rupanya idea sedang banyak mengalir. Layan saja =)
*Ramai yang maklum saya TIDAK MAHU BEKERJA SEBAGAI CIKGU. Sekarang apa dah jadi? Ekeke...saya quote ayat Ibu "Yelah, itukan part time aje" Boleh? Layan saja...
*Ramai yang maklum saya TIDAK MAHU BEKERJA SEBAGAI CIKGU. Sekarang apa dah jadi? Ekeke...saya quote ayat Ibu "Yelah, itukan part time aje" Boleh? Layan saja...
erm...
BalasPadam