Gerhana Matahari Datang Lagi! 15 Januari 2010





Terima kasih kepada pengunjung daripada Johor Bahru yang singgah sebentar mencari Doa Gerhana. Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku esok hari jam 3.01 - 5.38 petang.

Lebih mengujakan, Shahgazer daripada falak-online.net dengan sukarela akan meng'update' kita semua berkenaan pergerakan gerhana esok. Oh, lupa. Sekarang zaman Facebook. Falak-online pun ada! Jadilah fan club Falak-online.

Menurut perkiraan saudara Shahgazer, kiraan waktu gerhana di Kuala Lumpur ialah:
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM
Fasa Maksimum (41% 28.6% Matahari Tertutup):4:26 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM

Kepada semua tamu, jangan sesekali cuba-cuba melihtanya secara terus. Boleh saja sediakan projektor lubang pin (pinhole projector) atau habis-habis ringkas ialah sebaldi air.

Buat Muslimin Muslimat, jangan lupa dirikan solat sunat gerhana dan ini saya sertakan doanya sekali lagi.

اللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَغْفِرُكَ إِنَّكَ غَفَّارًا فَأَرْسِلِ السَّمَآءَ عَلَيْنَا مِدْرَارًا اللّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تَمْنَعُ غَيْثَ السَّمَآءِ وَ نَعُوْذُبِكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِي تُذِلُّ الأَعِزَّ وَ تُدَلِّلُ الأَعْدَاء, اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ

Selamat mencerap =)

*Sedang memikirkan cara-cara untuk mengintai esok semasa kelas tuisyen sedang berlangsung. Macam mana ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen