(Dedikasi buat kakak sayang, Khadijah Ismail & suami, Ramadhan Fitri Elias yang sabar menunggu khabar gembira bayi kecil Nur Fatimah)
Tuhan
kirim sedikit kekuatan
hembus ke hati mereka
agar sabar membungkah dalam jiwa
ini ujianmu buat mereka
yang mampu menggalasnya
Aku
mohon peluang
mahu bisik kata riang
mewarna ria hati
si kecil yang terkedang diam
ICU
suntikkan kekuatan buat si kecil
membuka mata melihat cahaya
mengukir senyum di garis bibir mereka
Tuhan
kumohon takdir terbaik untuk mereka
alangkah indah jika ia berita harum wangi
namun, di hujung doa terangkat redha kami
Faiz Faiza
UMBI, PPUKM
171009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Makhluk bagi komen