0 yang benar 0


Musim Ramadhan kali ini, saya kosong pengisian untuk dikongsi. Bukan kerana kosongnya jiwa, tetapi terasa kosong berbanding insan-insan lain. Bila mana membaca tulisan-tulisan mereka menyebabkan saya merasa layak untuk berdiam tanpa mengujarkan apa-apa.

Pabila mengingatkan yang Allah menilai insan-insan hanya kerana iman, diri ini terasa semakin kerdil. Adakah nilai puasa saya setelah genap setahun melepasi suku abad beberapa hari lalu sama nilaiannya puasa 19 tahun lalu ketika baru menyarung seragam sekolah? Adakah iman saya masih di takuk yang sama ketika mula-mula menjengah alam baligh? Apa mungkin jika diandaikan dosa dan pahala itu seperti graf, dosa saya mencanak naik sedang pahala menggigil-gigil naik terhalang dek dosa?

Astarfirullahal'azim...waatubuilaih.

Saya mahu terbang ke tanah rencong Serambi Mekah, mencari diri yang hilang. Moga kembara iman kali ini benar membawa saya pulang ke titik mula perjanjian tika saya dijadikan. Tika dengan rela hati setiap yang bernama insan melafazkan;

"Innasolati...sesungguhnya solat ku...
Wanusuki...dan ibadahku...
Wamahyaya...dan hidupku...
Wamamati...dan matiku...
LillahiRabbil 'alamin...kerana Allah Tuhan sekalian alam...."

Diri yang 0 terisi kembali. Moga-moga makbul niatku ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen