Masih ada lagikah peluang itu?

Salam Lebaran buat kalian semua. Maaf atas semua salah silap yang terjadi sepanjang perkenalan.

Mood raya tahun ni tak seberapa.

Antara sebabnya;

  1. Tahun kedua tanpa insan bergelar Abah.
  2. Tahun ini gambar raya kehilangan foto Abah dan Alang Anik. Adik2ku cepatlah pulang menggenggam jaya.
  3. Raya ke-5 saya sudah di sini, PJ. Kerja2 lab memanggil-manggil saya pulang. Cepat2lah habis wetlab, saya mahu diam menulis di bandar bawah tasik.
  4. Pagi2 hari raya ke-2, Along dan suami sudah diroger supaya 'melapor diri' di Besut. (Aduu...ingatkan kalau org kawen dekat2 xgaduh2 ya. Sian Along & Abg. Long)
  5. Sakit Kak Irah (sepupu aka anak angkat ibu abah, yes anak angkat-dari sekolah rendah ibu abah membentuk acuannya) datang semula. Malah lebih teruk. Depression. (Kenapalah susah sangat adik2ku nak faham kesulitan ibu membagi2 diri?)
Paling sukar, setiap hari yang berganti, makin menjauh daripada Ramadhan mengocak hati saya- sayu.
Andai itu Ramadhan terakhir kali untuk hayat diri.
Andai istiqamah kebaikan cuma bertahan seminggu dua.
Andai nafsu cuma terkawal sehari dua.
Andai diri terbuang dari pelukanNya selepas ini...
(Ya Allah, dakap aku erat-erat. Enggan lepas dariMu)

Sukarnya melentur diri di tangga usia 26.
Sukarnya menunduk bak padi bunting
Sukarnya merendang bak pokok rambutan ranum.
Sukarnya...sukarnya...

Tiap kali, doa sama bergema di hati
"Moga tarbiah sebulan Ramadhan, melentur diri ini sepanjang sebelas bulan mendatang sementara menunggu musim baru Ramadhan.Ameen "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Makhluk bagi komen