Surat buat kekasih

Dengan hormat,
calon kekasihku

Perkara : Tawaran Kerjasama

Saya sangat gembira memberitahu Anda bahawa saya telah jatuh cinta kepada Anda bermula 25 Mac 2009. Berdasarkan mesyuarat keluarga kami tanggal 27 Mac lalu pukul 7.00 malam, saya berketetapan hati untuk menawarkan diri sebagai kekasih Anda yang prospektif.

Hubungan cinta kita akan menjalin masa percubaan minima 3 bulan sebelum memasuki tahap perkahwinan. Tentu saja, setelah masa percubaan selesai, akan diadakan terlebih dahulu on the job training secara intensif dan berlanjutan. Dan kemudian, setiap tiga bulan selanjutnya akan diadakan juga penilaian tahap kerja yang biasa menuju kepada pemberian kenaikan status dari kekasih menjadi pasangan hidup.

Biaya yang dikeluarkan untuk kerumah makan dan shopping akan dibagi 2 sama rata antara kedua belah pihak. Seterusnya berdasarkan pada tahap kerja Anda, berkemungkinan saya akan menanggung bahagian yang lebih besar jumlah pengeluaran. Akan tetapi, saya cukup bijaksana dan mampu menilai, jumlah dan bentuk pengeluaran yang Anda keluarkan nantinya.

Dalam masa pekahwinan nanti, mungkin terdapat pelbagai masalah yang dapat menggugat kerjasama ini. Untuk itu, saya sudah menyediakan 1(satu) orang peguam yang akan bertugas untuk menganggu Anda serta menuntut ganti rugi atas segala pengeluaran yang sudah saya tanggung. Oleh itu, saya sarankan anda untuk mencari peguam agar kita boleh menyelesaikan masalah dengan adil dan damai.

Saya dengan segala kerendahan hati meminta anda untuk menjawab tawaran ini dalam waktu 30 hari daripada tarikh penerimaan surat. Sekiranya terlewat, tawaran ini akan dibatalkan tanpa pemberitahuan lebih lanjut, dan tentu saja saya akan beralih dan mempertimbangkan calon lain.

Apabila ternyata lewat dari 30 hari, anda merasa masih berminat untuk memperbaiki hubungan kembali dengan saya, maka akan ada pembiayaan tambahan sebesar 10% dari jumlah kerugian saya menunggu jawaban anda, dan akan diadakan rundingan untuk mempertimbangkan apakah anda masih boleh mendapat kesempatan bersama saya.

Perlu saya maklumkan bahawa apabila hubungan kita berlanjut ke tahap pasangan hidup, anda harus menerima beberapa syarat dan menandatangani perjanjian di hadapan peguam saya, bahwa anda akan mendampingi hidup saya dengan ikhlas, menerima dan bersedia berkongsi hubungan dengan calon lain yang berminat. Saya tegaskan bahawa saya menjunjung tinggi keadilan dan kesejahteraan anda dan keluarga anda.

Tapi saya tentunya tidak ingin terlalu ego dan mengekang anda, sehingga apabila sudah tiada lagi titik cerah dalam hubungan pernikahan kita nanti, dan anda memilih untuk mencari laki-laki lain, saya akan menjamin dan memberikan jaminan hidup kepada anda, ..........(tak larat nak terjemah)……… Saya sangat berterima kasih apabila Anda berkenan untuk memberi surat ini kepada adik perempuan, sepupu malah teman karib anda, apabila Anda menolak tawaran ini.

Demikian tawaran yang dapat saya ajukan dan sebelumnya terima kasih atas perhatiannya.

Yang benar,
****
P.S. : Biaya pengiriman surat ini akan ditanggung oleh anda sebagai penerima.
* Surat ini telah diterjemah daripada bahasa Indonesia.
* Saya bukan penerima surat ini
* Jika ada yang berminat menjadi sang kekasih, simpan je la dalam hati
* Penulis surat ini (blogger juga) sebetulnya berada di bawah paras sedar kerana tekanan exam
* Selamat berperang dik!

4 ulasan:

  1. faiz, kalau ada yg nk bagi gak surt tu kat awk, takkn terus tolak kot...consider la dulu yer.. ~wink~

    BalasPadam
  2. mnarik gak tuh offer dia...especially tang bahagi harta huhu....bukan mata $ cuma adding point aa...

    waaa..penatla kalo husbnd camni,..seme bnda bkira...mintak simpang! huhu...

    BalasPadam
  3. hehe...saya nak kirim untuk siapa yaaaaaaa... :D lepas exam nak kirim surat tu :P

    BalasPadam
  4. fokus exam dulu doli...nanti kalo ada respon apa2 ckpla kat akak...sapa la cewek yg bruntung tuh ;P

    BalasPadam

Makhluk bagi komen