Kunjungan ke PWTC hujung dua minggu lepas (atas tiket wartawan dan jurufoto) bersama-sama Ummu Hani benar-benar menguntumkan rasa kagum. Kagum saya dengan semangat pemuda-pemudi Ummah memenuhi segenap dewan dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pembentangan demi pembentangan ‘KONVENSYEN BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS’.
Konvensyen yang dianjurkan oleh Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) merupakan pertama seumpamanya diadakan. Rata-rata adalah golongan mahasiswa dan pelajar-pelajar menengah. Semacam Mesyuarat Agong Remaja Islam Malaysia, barangkali.
Banyak yang diperkatakan. Banyak juga yang perlu dihebahkan. Banyak lagi perlu dilakukan. Demi memastikan terpadam api malah barazinois laknatullah.
Konvensyen ini InsyaALLAH akan dimuatkan di bahagian Perisitiwa, Majalah Anis keluaran akan datang.
*Saya masih tercari-cari catatan saya di hari kejadian untuk dikongsi bersama. Alangkah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Makhluk bagi komen