Musim PTD datang lagi

Entry mee mamak

Seminggu-dua ni, statistik blog saya menunjukkan kebanyakan tamu yang sampai ke pondok kecil saya ini kerana carian PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK. Itu penanda musim temuduga SPA sudah bermula.

Kepada tamu-tamu bakal-bakal PTD sekalian, saya ucapkan semoga beroleh keberuntungan atas temuduga kelak.

Heboh sudah temuduganya yang paling hebat sukarnya, dengan banyaknya tapisan demi tapisan, latihan demi latihan. Setelah segala perit dilalui, seandainya tersurat berpangkat PTD kelak, jangan pula ada yang merendahkan apatah lagi melelong maruah diri sendiri. Fikirlah demi kemajuan semua pihak. (Kurang senang saya mendengar kata-kata menghina golongan ini)

Sedikit masa dulu, saya ada post berkenaan pengalaman kawan baik saya di sini. Oh ya...pisang goreng di atas boleh anda beli di ptdblog. Kot-kot la membantu anda semua. Banyak lagi tuan-tuan blog yang sudi menolong anda. Rajin-rajinlah mencari ya.

Aja-aja fighting!

2 ulasan:

  1. mmg kerjaya ni merupakan satu kerjaya idaman. kiranya sapa yang sampai stage temuduga ptd, mmg tahap yang patut dibanggakan sbb dah lepas 2 ujian lain. jadi bila sampai sini mmg kena wat btul2 la, kalau tak sia2 je usaha sebelum ni. huhu aja aja fightin'!

    BalasPadam

Makhluk bagi komen