Alahai temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik

Soalan-soalan bocor di bawah merupakan antara lain soalan yang diajukan kepada seorang sahabat saya, Riza yang baru sahaja genap 26 tahun semalam (moga dia cepat-cepat melangkah ke alam berdua secara rasmi, sempat lagi =)
  1. introduce yourself
  2. apa kaitan bidang ijazah yang dipelajari dengan PTD?
  3. panel tanyakan bidang kerja sekarang. tetap atau probation. kenapa mereka perlu pilih kita sebagai PTD. yakinkan mereka.
  4. apa sumbangan bidang IT kepada kerajaan?
  5. apa itu MSC?
  6. apa dia 7 aplikasi perdana dan terangkan serba sedikit tentang aplikasi-aplikasi tersebut?
  7. ada berapa agensi dari seluruh dunia yang bekerjasama dengan MSC? sebutkan beberapa nama
  8. apakah dia bidang-bidang tugas PTD?
  9. nasional integriti
  10. sebutkan nama beberapa kementerian yang ada
  11. sebutkan hirarki pemerintahan dalam malaysia
  12. bagaimana parlimen dibentuk? berapa orang yang perlu ada dalam parlimen?
  13. soalan situasi. bagaimana anda ingin meyakinkan panel jika anda menghadapi masalah ketika membuat satu pembentangan penting seperti projek syarikat atau projek tahun akhir anda?
  14. dalam sesuatu kementerian, siapakah yang mempunyai kuasa paling tinggi? kedua tertinggi? ketiga?
  15. saya lihat anda pernah terlibat dengan program khidmat masyarakat di rumah anak yatim. jadi apa sumbangan anda dalam program tersebut? adakah anda masih berhubung dengan pengurusan pusat tersebut @ dengan penghuni di sana? apakah tindakan yang anda lakukan bagi membantu mereka? dengan kementerian manakah yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan nasihat, sumbangan @ pertolongan kepada rumah anak yatim tersebut?
  16. pernah dengar pasal "makcik komputer"? siapa sasaran pengguna "makcik komputer" ni?

Walaubagaimanapun, untuk berkongsi rasa getaran di dalam bilik temuduga sila selami sendiri di *~Bingkisan Rasa~*.

2 ulasan:

  1. soalan2 tu kalau study n buat proper preparation mmg leh jawab, tapi masalah utama tu lah mcm awak cakap 'GETARAN' dalam sesi temuduga tu. kalau tak leh kawal mmg berpeluh satu badan n jadi blank terus. huhu kena banyak praktis la..

    BalasPadam

Makhluk bagi komen