Lazatnya derita insomnia 1

Sungguh saya terleka dalam derita insomnia yang saya alami sejak dua, tiga bulan kebelakangan. Dalam derita tidak dapat melelapkan mata sepicing cuma selagi mana jam belum berdenting dua kali, saya tenggelamkan diri di dalam kelazatan laut ilmu. Pelbagai buku yang sudah lama terbit, cuma baru berkesempatan saya hadamkan. Namun beberapa ilmu sahaja yang berjaya dipraktikkan.

Antara lain buku-buku tersebut ialah antara koleksi Pak Latip (Abdul Latip Talib); Ikramah Penentang Jadi Pembela dan Salahudin Penakluk Jerusalem. Tasbih bertali-arus kala Ikramah dibukakan hatinya dek hidayah ALLAH. Demikian sejahat-jahat manusia berubah seputih kapur hatinya menerima cahaya ILAHI. Juga bulu roma merinding dan jantung berdegup kencang ketika tentera Islam di bawah Salahadin; kesatria perancang yang licik bertempik hebat menebas lautan musuh kuffar dan menyucikan Jerusalem daripada tangan-tangan kotor kuffar.
Buku-buku tersebut cuma sedikit daripada pelbagai lagi cerita-cerita hebat pahlawan Islam di zaman kegemilangan. Saya masih menyimpan niat mahu terus menikmati koleksi beliau terutama Hikayat Amir Hamzah. Juga menghadiahkan judul-judul tertentu kepada srikandi-srikandi kecil di kampung sana.

2 ulasan:

  1. mengambil kesempatan daripada derita isomania

    BalasPadam
  2. have to la Yazid...drpd duk kelip2 mata xboleh nak lelap mata

    BalasPadam

Makhluk bagi komen