

Antara lain buku-buku tersebut ialah antara koleksi Pak Latip (Abdul Latip Talib); Ikramah Penentang Jadi Pembela dan Salahudin Penakluk Jerusalem. Tasbih bertali-arus kala Ikramah dibukakan hatinya dek hidayah ALLAH. Demikian sejahat-jahat manusia berubah seputih kapur hatinya menerima cahaya ILAHI. Juga bulu roma merinding dan jantung berdegup kencang ketika tentera Islam di bawah Salahadin; kesatria perancang yang licik bertempik hebat menebas lautan musuh kuffar dan menyucikan Jerusalem daripada tangan-tangan kotor kuffar.
Buku-buku tersebut cuma sedikit daripada pelbagai lagi cerita-cerita hebat pahlawan Islam di zaman kegemilangan. Saya masih menyimpan niat mahu terus menikmati koleksi beliau terutama Hikayat Amir Hamzah. Juga menghadiahkan judul-judul tertentu kepada srikandi-srikandi kecil di kampung sana.
mengambil kesempatan daripada derita isomania
BalasPadamhave to la Yazid...drpd duk kelip2 mata xboleh nak lelap mata
BalasPadam