Seawal jam 7.30 pagi esok, saya akan membentangkan cadangan penyelidikan bertajuk "Changes in C. elegans Expression Profile Exposed to Space Radiation and Microgravity" dengan diberi peruntukan masa hanya 10 minit. Terasa sedikit celaru kerana saat ini saya masih belum mampu menyelesaikan pembentangan di bawah 10 minit. Kadar pecutan berkata-kata perlu ditambah nampaknya.
Saya mengambil sedikit ruang waktu untuk menelaah '10 Simple Rules for Making Good Oral Presentation' bagi menyuluh jalan esok hari.
Juga perlu sedikit masa tidur nanti untuk sendiri bersunyi-sunyian denganNya. Moga urusan esok dipermudahkanNya, Ameen.
good luck kak faiz...
BalasPadamalhamdulillah...lepas 'beban' sket.
BalasPadamselamat berusaha
BalasPadam